Mungkin ada pasangan suami isteri, mereka tak kisah nak dapat bayi perempuan atau lelaki dan menerima rezeki tersebut dengan hati terbuka. Tapi bagi sesetengah pasangan pula, ada yang merancang untuk mendapatkan bayi berdasarkan jantina yang mereka inginkan.
Dan disebabkan oleh itu MURAI nak kongsikan tip daripada Pakar Perubatan Am, Dr Ruhaizad Daud, untuk pasangan yang ingin menimang bayi perempuan.
Syarat dapatkan bayi perempuan…
Bagi pasangan yang merancang untuk mendapatkan bayi perempuan, Dr. Ruhaizad ada berkongsi di TikTok mengenai cara untuk mendapatkannya. Bagi setiap pasangan, kamu terlebih dahulu perlu ‘lulus’ dua syarat utama berikut untuk memastikan peluang melebihi 50% iaitu:
- Kitaran haid yang teratur
- Lakukan hubungan seks dengan pasangan, 4-5 hari sebelum tibanya waktu ovulasi (subur).
Kongsinya lagi syarat tersebut penting kerana bila isteri mempunyai haid yang teratur; mudah untuknya mengesan waktu ovulasi dan merancang waktu kehamilan bagi tentukan jantina bayi. Bagi memudahkan lagi urusan untuk mengesan waktu ovulasi, kedatangan haid dan sebaginya, kamu boleh guna aplikasi period tracker.
Dan para suami isteri juga perlu peka dan ambil berat untuk tidak melakukan sebarang hubungan seks semasa waktu ovulasi. Ini kerana hubungan seks ketika waktu ovulasi membuatkan pasangan berpotensi untuk mendapat anak lelaki.
Apa-apa pun, pasangan yang telah mengikuti syarat di atas anggaplah ia sebagai salah satu ikthiar untuk dapatkan bayi perempuan dan banyakkan berdoa pada Tuhan.
Semoga bermanfaat!







