Wednesday, March 22, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

2 Tahun Bertahan, Shikin Maembong Kongsi Cabaran Hidup Bermadu!

by Puteri Alia
January 19, 2023
via TikTok Shikin Maembong

via TikTok Shikin Maembong

1.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Shikin Maembong sering tampak bersemangat, tak lekok memberi senyuman dan sentiasa memberi sepenuh fokus serta tenaga dalam setiap apa yang dilakukan demi kelangsungan hidup bersama anak tercinta.

Realiti Jadi Isteri Kedua

Siapa sangka wanita yang sentiasa kelihatan kuat dan cekal ini, berkongsi kisah rumahtangganya yang tidak diketahui ramai di akaun TikTok nya baru-baru ini dan menulis kapsyen ringkas yang menarik perhatian warganet di media sosialnya.

“Siapa suruh? Kan dah kena tinggal.” Tulisnya

via TikTok Shikin Maembong

Melihat muatnaik tersebut, Shikin mendedahkan pengalamannya menjalani kehidupan bermadu bukannya semanis yang dibayangkan. Berdasarkan video berkenaan, Shikin sering berlibur sendirian atau ditemani bersama anak dan pembantu rumah.

Malah ketika mengalami masalah kesihatan atau mengurus hal pindah rumah juga, wanita ini melakukannya sendirian tanpa suami di sisi.

“Sakit pun sorang-sorang kena drive kereta pergi hospital. Bercuti dengan anak and adik-beradik je mampu.

Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau laki tak balik rumah. Solat tak pernah ber “imam” kan suami. Pindah rumah pun urus sendiri.”

via TikTok Shikin Maembong
via TikTok Shikin Maembong

Kerana Nak Jaga Nama, Diceraikan

Namun pada gambar terakhir yang dikongsikan dalam muatnaik Shikin, wanita ini mengakhiri kehidupan bermadu dengan mendedahkan bahawa dirinya diceraikan suami kedua kerana ingin menjaga nama baik.

“Taat, setia macam mana sekalipun kerana nak jaga nama tetap kena cerai juga.” Tulisnya

via TikTok Shikin Maembong
@shikin_maembong

Sape suruh? Kan da kene tinggal 🥹 #divorce #fyp #CapCut #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #binikedua #singlemom #memories #singleisbetter #imfree

♬ suara asli – hierapsz. – hierapsz.

Netizen Titip Doa

Hantaran yang dikongsikan Shikin mendapat pelbagai reaksi dan respon warganet, namun rata-rata menitipkan doa agar Shikin bertemu jodoh yang lebih baik. Malah ada juga yang memberi kata-kata semangat buat ibu tunggal ini.

“Semoga dapat jodoh lebih baik lepas ni.”

“Be strong sis. Alhamdulillah sekarang dah single semula kan? Baik single dari bersuami tapi tak adil. Memang seksa mental.”

“Support you sis. Be strong.” Komen mereka

via TikTok Shikin Maembong

“Semoga Allah sentiasa melindungi dan Allah mempermudahkan rezeki buat Shikin Maembong. Amin Amin Amin.”

“Tak apa lah sis. Be strong je okay, Allah sentiasa ada tempat untuk kita mengadu. I know you can do it.”

“May Allah bless and protect you.” Komen mereka lagi

via TikTok Shikin Maembong

Untuk pengetahuan umum Shikin yang telah bercerai dengan Chef Riz pada tahun 2016, tidak lama kemudian memutuskan untuk membina mahligai baru sebagai isteri yang kedua bersama seorang individu yang didedahkan identitinya.

Meninjau diruangan komen Shikin mendedahkan perkahwinan bersama suami keduanya itu tidak bertahan lama, mahligai yang dibina hanya mampu bertahan dua tahun. Apa pun Murai MY mendoakan yang terbaik buat Shikin Maembong.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Isteri Keduashikin maembong
Share500Tweet313SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Ada Susah-Senang Untuk Suami, Nasib Pelakon Cantik Diana Danielle Dan Puteri Sarah Tetap Tidak Bahagia
Lokal

Ada Susah-Senang Untuk Suami, Nasib Pelakon Cantik Diana Danielle Dan Puteri Sarah Tetap Tidak Bahagia

by Puteri Alia
March 21, 2023
Syamsul Yusof Ada Nasihat Bini Kedua, Ira Kazar Untuk Bersabar Menempuh Ujian Serta Menanti Hikmah
Gossip

Syamsul Yusof Ada Nasihat Bini Kedua, Ira Kazar Untuk Bersabar Menempuh Ujian Serta Menanti Hikmah

by Puteri Alia
March 21, 2023
Tak Boleh Terima Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih, Syamsul Yusof “Selesaikan” Dengan Berkahwin Lain
Lokal

Tak Boleh Terima Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih, Syamsul Yusof “Selesaikan” Dengan Berkahwin Lain

by Puteri Alia
March 21, 2023
Anak Esma Daniel ‘Throwback’ Foto Ketika Muda, Netizen Teruja!-“Bapak Ko Memang Hensem Dik..”
Gossip

Anak Esma Daniel ‘Throwback’ Foto Ketika Muda, Netizen Teruja!-“Bapak Ko Memang Hensem Dik..”

by Naddy Joe
March 21, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Teruja Dengar Puteri Balqis Cakap Inggeris-“Omg Her Accent”

  2. 2

    “Alhamdulillah Sah!” – Zarina Zainuddin Yang Terawal Ucap Selamat Pengantin Baharu Buat Janna Nick Dan Pasangan?

  3. 3

    “Zaman Sekarang Ikat Perut Suami Masak Sedap Pun Dah Tak Menjamin”- Eina Azman Luah Sudah Buat Yang Terbaik

  4. 4

    Zed Zaidi Dedah Wajah Penyerang Kamal Adli-“Semoga Keadilan & Hukuman Yang Setimpal..”

  5. 5

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan