Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Kafe Mesra Haiwan Di KL & PJ Yang Boleh Kamu Bawa Si ‘Bulus’ Bersama!

by Soph Azz
January 24, 2023
Foto - Instagram

Foto - Instagram

Share on Facebook

Sudah bersiap cantik di depan cermin untuk berjumpa dengan orang di kafe, tapi ada si bulus yang menghalang kamu daripada keluar rumah?

Rasanya ramai yang tak sampai hati nak tinggalkan haiwan peliharaan bersendirian di rumah; dan kalau boleh nak bawa sekali ke kafe. Tapi tak banyak kafe yang membolehkan kita bawa haiwan bersama masuk, betul tak?

Jangan runsing… Sekarang ini sudah ada beberapa kafe yang mesra haiwan tau. Sambil-sambil kamu makan dan bersembang dengan rakan, si bulus kamu boleh bergaul dengan haiwan-haiwan yang lain juga.

Kali ini Miss Murai senaraikan beberapa kafe mesra haiwan; sekitar Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ) yang boleh kamu bawa si bulus bersama!

Base Camp 

Bar kopi terletak di atas bumbung di Chow Kit ini membolehkan kamu menikmati makanan sambil melihat pemandangan yang indah. Jangan lupa untuk cuba pasta, sandwich atau secawan kopi yang disediakan oleh staf profesional.

https://www.instagram.com/p/Ck4t7e0J_Is/

Lokasi: 62, Tingkat 2 The Row KL, Jalan Doraisamy, 50300, Kuala Lumpur
Masa: Isnin & Rabu-Khamis (12tengah hari-11malam) | Jumaat (12tengah hari-12 pagi) | Sabtu (10pagi-12pagi) | Ahad (10pagi-11malam)
No. Telefon: +60326023152

Bean Brothers 

Salah satu kafe mesra haiwan yang popular, kafe Bean Brothers bukan saja beri peluang untuk kamu nikmati kopi, tetapi si bulus juga. Pesan ‘Puppycino’ iaitu whipping cream yang hiasi dengan topping yang sihat!

View this post on Instagram

A post shared by BEAN BROTHERS (@beanbrothers.my)

Lokasi: G-1, THE LINC No, 360, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Masa: Setiap hari (8:30pagi-8malam)

Clawset

Perlukan kafe yang tenang untuk kamu dan si bulus? DIVA syorkan untuk kamu kunjungi kafe Clawset; sambil makan si bulus dapat ‘berkawan’ dengan kawan berbulu yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Clawset Pet Cafe (@clawsetpetcafe)

Lokasi: 36A, Jalan SS22/25, Damansara Jaya 47400 Petaling Jaya
Masa: Isnin-Ahad (10pagi-8malam)
No. Telefon: +60174700618

Huskiss Cafe

Walaupun kafe ini mesra haiwan, kamu tak boleh membawa Huskiss atau haiwan peliharaan lain apabila kunjungi kafe; ini kerana ia mempunyai Huskiss sendiri yang boleh kamu lawati dan bermain.

View this post on Instagram

A post shared by HUSKISS (@huskiss)

Lokasi:  80-G, Block G, Zenith Corporate Park, Jalan SS7/26, Kelana Jaya 47300 Petaling Jaya
Masa: Rabu & Jumaat-Ahad (11pagi-8malam) | Khamis (7malam-8malam)
No. Telefon: +60378873109

Poppy Kat Cafe 

Kafe yang terletak di Cheras ini membenarkan kamu membawa haiwan peliharaan sendiri tetapi kamu perlu pastikan mereka ‘diikat’ setiap masa. Selain itu, kamu juga berpeluang untuk bermain dengan beberapa ekor kucing yang dibela oleh pemilik kafe ini dan menggunakan barang permainan kucing dalam ruangan kedai.

View this post on Instagram

A post shared by Poppy Kat ✧ Coffee • Croffle • Cats • Catering (@poppykatcafe)

Lokasi: 34A, Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa: Isnin-Khamis (10pagi-10malam) | Jumaat-Ahad (10pagi-12pagi)
No. Telefon: +601154173453

Lepas ini jangan tinggalkan si bulus kamu di rumah ye bila ke kafe…

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kafe mesra haiwanpet-friendly cafe
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara