Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Tak Perlu Keluar Duit Pun Untuk Dapat Pinggang Kecil, Yang Penting Amal Ini Je…

by Soph Azz
February 7, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Perut dah kempis tapi pinggang tetap sama?

Untuk pengetahuan kamu, senaman perut untuk hilangkan lemak sahaja tidak cukup untuk kecilkan pinggang kita. Walaupun senaman tersebut boleh ketatkan ototkan perut, tetapi ia tidak akan memberi kesan yang mencukupi dalam mengurangkan saiz pinggang ye.

Nak kecilkan saiz pinggang, kamu boleh melakukan kalori defisit untuk membakar lemak dalam badan. Selain pantau cara pengambilan makanan, kamu juga boleh lakukan senaman harian yang hanya berfokuskan untuk kecilkan pinggang sahaja.

Tertarik? Nak tahu? Scroll tengok di bawah…

#1 V-Ups

Teknik V-Ups mensasarkan semua kumpulan otot perut seperti transverse abdominis, oblique dan rectus abdominis.

Foto – Pinterest

Cara-caranya:

  • Baring, pastikan kaki dan tangan diangkat sama rata ke atas.
  • Angkat badan dari lantai, sentuhkan tangan pada hujung kaki.
  • Ulang sehingga 10-12 kali.

#2 High Plank 

Plank pula adalah senaman yang paling common dan senang untuk dilakukan. Ia menyasarkan beberapa bahagian seperti transverse abdominis, oblique luaran dan dalaman.

Foto – Pinterest

Cara-caranya:

  • Mulakan dalam posisi tekan tubi, letakkan tangan lurus dan buka jari.
  • Selesa dengan posisi tersebut, angkat perlahan-lahan salah satu kaki ke atas.
  • Tahan selama 5 saat dan kembali ke posisi asal. Ulang dengan kaki seterusnya.
  • Pergerakan ini diulangi sebanyak 10-12 kali pada setiap kaki.

#3 Sit Up 

Sama ada lakukan di atas kerusi atau bersama bola, senaman ini menggerakan otot rectus abdominis dan transverse abdominis. Untuk senaman ini, pastikan kamu tidak tarik kepala dengan tangan tetapi menggunakan perut sahaja.

Foto – Pinterest

Cara-caranya:

  • Duduk di atas bola sehingga kaki membentuk sudut 90°.
  • Letakkan tangan di belakang kepala untuk sokongan.
  • Perlahan-lahan turunkan badan sehingga rasa pinggul bersandar sepenuhnya pada bola.
  • Pastikan baring menggunakan otot perut dan perlahan-lahan bangun untuk kembali ke posisi asal.
  • Ulang 10-12 kali.

#4 Scissors 

Tahap senaman ini adalah sederhana dan ianya bagus untuk otot transverse abdominis.

Foto – Pinterest

Cara-caranya:

  • Baring dengan selesa dan letakkan tangan di tepi badan.
  • Bengkokkan lutut dan angkat kaki kamu.
  • Angkat satu kaki ke sudut 45°, manakala sebelah kaki lagi berada 2 inci daripada lantai.
  • Ulang pergerakan ini dengan sebelah kaki lagi.

#5 Side Stretch 

Selain meregangkan badan, senaman regangan sisi ini berfungsi  baik pada obliques.

Foto – Pinterest

Cara-caranya:

  • Buka kaki selebar bahu, tangan di bahagian sisi.
  • Angkat tangan ke atas dan bengkokkan bersama badan.
  • Tunggu sekitar 5 saat dan kembali ke posisi asal.
  • Ulang pada sisi lain, sebanyak 10-12 kali setiap sisi.

#6 Abdominal Stretch 

Regangan ini juga dikenali sebagai regangan yoga cobra dan berkesan untuk rengangkan rectus abdominis.

Foto – Pinterest

Cara-caranya:

  • Meniarap di atas lantai, dan letakkan tangan di tepi bahu.
  • Tolak tangan dan angkat bahagian atas badan, pastikkan pinggul dan pelvis berada di atas lantai.
  • Tahan selama 10-15 saat.
  • Ulang sebanyak 5 kali.

#7 Torso Twist Stretch 

Paling mudah, torso twist stretch atau regangan pusing badan ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ia hanya memerlukan teknik pusing badan yang sasarkan transverse abdominis dan obliques.

Foto – Pinterest

Cara-caranya:

  • Duduk di atas lantai dan regangkan kaki kiri serta bengkokkan kaki kanan.
  • Tahan badan dengan tangan kanan di belakang, kemudian pusingkan badan ke kanan dan letakkan tangan kiri di atas lutut yang bengkok.
  • Tunggu selama 10 saat dan kembali ke posisi asal.
  • Ulang sisi lain dan buat sebanyak 5 kali.

Tak perlu keluarkan duit untuk lakukan rawatan, hanya amalkan senaman ini saja confirm pinggang kecil dalam masa sebulan! Selamat beramal~

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
petua pinggang kecilsenaman kecilkan pinggang
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @urassayas (IG)
Kecantikan

Kulit Wanita Thailand Sentiasa Cantik & Mulus, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu!

by Nurul A.
November 8, 2026

Tak kiralah aktres, penyanyi atau wanita tempatan, kalau kamu lihat wanita Thailand kan, memang gebu, mulus dan cerah saja kulitnya....

Read moreDetails
YM Che Puan Sarimah
Kecantikan

Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

by Nurul A.
October 31, 2026

Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan...

Read moreDetails
Wajah Berminyak
Kecantikan

Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur?

by Nurul A.
October 23, 2026

Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat? Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor...

Read moreDetails
Foto - @hina96_ (IG)
Kecantikan

Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu alami situasi di mana bila pegang rambut dan sikat menggunakan jari, banyak pula rambut gugur. Tambah pula...

Read moreDetails
Bayi perempuan
IbuBapa

Teringin Nak Timang Bayi Perempuan? Pakar Perubatan Am Kongsi Tip

by Nurul A.
November 15, 2026

Mungkin ada pasangan suami isteri, mereka tak kisah nak dapat bayi perempuan atau lelaki dan menerima rezeki tersebut dengan hati...

Read moreDetails
Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara