• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Cantik Secara Islamik, Amal Ini InshaAllah Wajah Makin Glowing & Awet Muda

by Soph Azz
February 15, 2023
Foto - Hype

Foto - Hype

Share on Facebook

Wanita dan kecantikan, dua-duanya memang tak boleh dipisahkan.

Tiada seorang wanita pun yang tak mahu kelihatan cantik, daripada hujung rambutnya hingga ke hujung kaki, setiap hari. Dan kecantikan yang abadi dan konsisten selalunya bermula dari dalaman dan bukannya hanya bergantung pada alat mekap serta rawatan sahaja.

Dan tak dinafikan ada wanita yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kekalkan kecantikannya. Tetapi menurut agama Islam, buat wanita yang nak tampil cantik, glowing dan awet muda secara Islamik Miss Murai, ada caranya…

#1 Mandi sebelum subuh

Kalau boleh, cuba untuk bangun awal dan mandi sebelum subuh. Sebaik-baiknya guna air sejuk ketika mandi kerana ia ada beberapa kelebihan pada badan seperti:

Foto – Pinterest
  • Hilangkan dark circle di bawah mata
  • Menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tak mudah rosak
  • Kulit akan menjadi lebih lembut, halus dan mulus.

#2 Sebelum gosok gigi, minum segelas air 

Mungkin ada yang berasa geli, tetapi minum segelas air sebelum gosok gigi boleh elakkan seseorang itu daripada menghidap penyakit batu karang, menstabilkan sistem badan, kurangkan berat badan dan merangsang pertumbuhan rambut.

Kulum tegukan air kosong yang pertama dalam mulut sambil berselawat 3 kali dalam hati sebelum telah. Kemudian, habiskan lebihan air kosong tadi seperti biasa.

#3 Tadah air di tapak tangan sambil selawat 

Tak kiralah baru nak basuh wajah di awal pagi atau bila-bila sahaja, cuba kamu tadahkan air di tapak tangan sambil membaca selawat sebanyak 3 kali.

Foto – Pinterest

Kemudian sapukan air tersebut ke wajah, bermula dari dagu naik ke atas hingga ke dahi. Ulang sebanyak tiga kali, dan elakkan sapu bermula dari arah menurun, dahi ke dagu, kerana ia akan buatkan wajah lebih cepat berkedut.

#4 Kerap berselawat dan senyum 

Sekiranya tidak lakukan apa-apa, cuba kamu perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan bersedekah. Dan sedekah paling mudah adalah senyuman.

#5 Amalan selepas solat Isya’

Setiap kali selepas solat Isya’, cuba kamu ambil segelas air suam dan sambil itu, baca beberapa surah, tiup pada minuman tersebut dan minum mengikut sunnah iaitu 3 kali tegukkan sahaja.

Foto – Pinterest
  • Surah Al-Fatihah (1 kali)
  • Ayat Kursi (1 kali)
  • Surah Al-Waqiyah, ayat 35-38 (7 kali)

#6 Amalkan baca Al-Quran

Foto – Pinterest

Jadikan sebagai rutin untuk membaca Al-Quran, tak kiralah selepas solat atau di waktu lapang. Dan saranan Miss Murai, cuba kamu baca Surah Yusuf selepas solat Subuh dan teguk air suam sebanyak tiga kali selepas itu. InshaAllah ia boleh buatkan wajah kamu nampak lebih awet muda.

Semoga bermanfaat!

cara cantik secara semula jadipetua cantik secara islamtips cantik menurut islam
https://lomp.at/da829
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore