Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Retinol: Cara Pakai, Kebaikan, Kesan Sampingan, Pantang Larang & Produk Terbaik Untuk Beginner

by Soph Azz
March 7, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

1.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Adakah kamu sudah mula gunakan retinol dalam rutin penjagaan wajah?

Kalau belum dan berminat nak cuba tetapi tak tahu dari mana nak mula…. Kamu berada di tempat yang betul! Dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan dengan kamu serba sedikit mengenai retinol, khususnya untuk beginner yang mahu menggunakan retinol dalam rutin mereka.

Sebelum itu, pasti ada yang tak berapa familiar dengan retinol kan? Untuk pengetahuan kamu, retinol adalah sejenis retinoid yang berasal dari Vitamin A. Ia adalah bahan yang paling berkesan untuk hilangkan kebanyakan masalah kulit; salah satunya adalah pigmentasi, parut, jerawat dan kemerahan.

Retinol berfungsi pada tahap yang lebih dalam dengan meningkatkan kadar pembaharuan sel kulit baru dan kolagen. Hasilnya kulit akan menjadi lebih bersih, sihat secara keseluruhan untuk jangka  masa yang lebih lama.

Bila dan bagaimana nak pakai? 

Untuk beginner, produk retinol sangat disyorkan untuk guna pada waktu malam kerana retinoid boleh terurai apabila ia terdedah pada matahari. Bentuk retinoid yang berbeza boleh jadikan kulit mudah terdedah pada kerosakan matahari, dan sebab itulah kamu perlu guna sunscreen pada waktu siang.

Sebagai permulaan, guna retinol dengan peratusan yang rendah (0.01-0.02%) sebanyak dua kali seminggu sekurang-kurangnya 12 minggu sebelum tingkatkan kekerapan penggunaannya.

Foto – Pinterest

Cara nak pakai retinol untuk rutin malam: 

  • Cuci wajah guna pembersih dengan bersih dan lap sehingga kering. Jangan scrub wajah sebelum dan semasa guna retinol.
  • Guna retinol dalam dos saiz kacang, dan sapukan secara nipis ke seluruh wajah.
  • Akhir sekali ‘kunci’ dengan pelembap pilihan kamu.

Kebaikan retinol 

Retinol mempunyai banyak kebaikan, dan ini antara kebaikan yang popular membuatkan ramai yang mula gunakannya dalam rutin penjagaan wajah mereka:

  1. Antioksidan kuat yang meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengurangkan penampilan tanda penuaan pramatang
  2. Menggantikan sel kulit mati kepada yang baru dengan lebih cepat
  3. Mengawal pengeluaran minyak dan mengurangkan jerawat
  4. Memudarkan bintik gelap dan hiperpigmentasi

Kesan sampingan dan pantang larang 

Biasanya kesan sampingan ini bersifat sementara dan ia akan beransur pulih apabila kulit dapat biasakan dengan rutin baru ini. Antara kesan sampingan yang biasanya terjadi selepas guna retinol adalah:

  • Kulit akan rasa merengsa dan kering
  • Gatal atau terbakar
  • Kemerahan, mengelupas atau bersisik
  • Sunburn
Foto – Pinterest

Manakala pantang larang yang perlu kamu tahu sebelum guna retinol adalah:

  • Individu yang tidak disyorkan guna retinol – Kulit sensitif seperti rosacea dan terdedah di bawah matahari tanpa guna sunscreen
  • Wanita hamil dan menyusu badan tak boleh guna retinol kerana ia boleh sebabkan kecacatan dan keracunan pada kandungan serta bayi.
  • Jangan campur dengan bahan Vitamin C, benzoyl peroxide dan asid (AHA, BHA, PHA) kerana ia boleh sebabkan kesakitan dan pengelupasan kulit yang lebih teruk.
  • Jangan guna retinol dengan produk yang mempunyai bahan kimia seperti wangian kerana ia boleh beri reaksi  yang buruk pada kulit.

Produk terbaik 

Khas untuk beginner, pertama kali nak guna retinol dan tak tahu nak beli produk mana yang sesuai dengan kamu, apa kata kamu pertimbangkan beberapa jenama retinol berikut:

Foto – Sephora

THE INKEY LIST Retinol [BELI] / FIRST AID BEAUTY Skin Lab Retinol Serum [BELI]

Foto – Sephora

PIXI Retinol Tonic [BELI] / DRUNK ELEPHANT A-Passioni™ Retinol Cream [BELI]

Foto – Watsons / OSkincare

OLAY REGENERIST Retinol 24 Night Moisturizer [BELI] / THE ORDINARY Granactive Retinoid 2% Emulsion [BELI]

Foto – Innisfree / Paula Choice

INNISFREE Retinol Cica Repair Ampoule [BELI] / PAULA CHOICE 1% Retinol Treatment [BELI]

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
6
+1
1
+1
0
+1
2
+1
2
cara pakai retinolpantang larang retinolproduk retinolrutin retinol
https://lomp.at/h19wl
Share683Tweet427SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem