Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023
531
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra dipanggil Nazif.  Ahli politik berusia 40 tahun ini berkongsi pertemuannya bersama ibu tersayang, Yang Mulia Tengku Puteri Zainah binti Tengku Eskandar bagi mendapatkan restu untuk dia bertanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Di ruangan kapsyen, Nazif menulis bahawa ibunya menjadi tempat dia mengadu dan mohon restu sebelum memulakan segala perkara.

“Bersama bonda saya petang semalam. Memang kebiasaannya dengan mummy la tempat saya mengadu dan mohon restu sebelum memulakan segala perkara. Tapi semalam mummy agak kekok bila depan kamera, mungkin sebab kami ni bukan pelakon professional kot☺️ Terima kasih mummy untuk segalanya, i love u”- tulisnya

@nazifnajib13

Bersama bonda saya petang semalam. Memang kebiasaannya dengan mummy la tempat saya mengadu dan mohon restu sebelum memulakan segala perkara. Tapi semalam mummy agak kekok bila depan kamera, mungkin sebab kami ni bukan pelakon professional kot☺️ Terima kasih mummy untuk segalanya, i love u… #LangkahWE #WhyNotNazif #TeguhBersama #NazifNajibForYouth #Nazif4NKPUM

♬ original sound – Nazif Najib – Nazif Najib

Dalam video itu, Zainah kelihatan malu-malu dihadapan kamera namun sempat menitipkan ucapan kepada Nazif.

“Tahniah Nazif, kerana telah menceburi dalam bidang politik, semoga berjaya kepada kamu. Sebagai ibu, mummy berdoakan anak ibu berjaya dalam arena politik”- balas ibunya dalam video tersebut.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari peminat. Ramai meluahkan rasa sebak dan tak kurang juga gembira dapat melihat sendiri wajah ibu Nazif yang juga merupakan isteri pertama bekas Perdana Menteri.

Rata-rata netizen di ruangan komen terkejut kerana wajah Puteri Zainah seakan-akan ibu mertuanya iaitu Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Binti Tan Sri Mohamed Noah.

Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Binti Tan Sri Mohamed Noah

Tun Rahah merupaka isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur, Malaysia.

Puteri Zainah merupakan isteri pertama Najib Razak sebelum beliau berkahwin dengan Rosmah Mansor. Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Ri telah berkongsi hidup selama lebih 10 tahun dengan Najib, sebelum bercerai, dan mendapat 3 orang anak iaitu Mohd Nizar, Puteri Norlisa, dan Mohd Nazifuddin.


Dato’ Mohd Nazifuddin NajibPuteri ZainahTun Rahah
https://lomp.at/03yuh
Share212Tweet133SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore