Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Yang Tak Tahu Boleh Ikut Langkah-Langkah Mandi Wajib Ini Dari JAKIM

by Soph Azz
March 13, 2023
Foto - Healthline

Foto - Healthline

32
KONGSIAN
Share on Facebook

Jangan terkejut ye, masih ada yang tidak tahu cara mandi wajib yang betul…

Mengetahui cara mandi wajib yang betul adalah penting. Bukan apa, kalau tidak mandi dengan cara yang betul, ia boleh mengakibatkan ibadah kita yang lain menjadi tidak sah. Nak mandi wajib, kamu boleh mandi menggunakan air paip, shower atau air hujan, apa yang penting air tersebut mestilah air mutlak iaitu air yang suci bersih.

Dalam entri kali ini, Miss Murai akan kongsikan langkah mandi wajib yang betul daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Dan langkah mandi wajib ini boleh diguna pakai oleh perempuan dan juga lelaki.

Antara langkah-langkahnya adalah:

#1 Niat ketika air sampai ke tubuh 

  • Niat mengangkat hadas besar (umum)
Foto – Aku Islam
  • Niat mandi junub (bersetubuh)
Foto – Aku Islam
  • Niat mandi selepas datang haid
Foto – Aku Islam
  • Niat mandi wajib kerana nifas
Foto – Aku Islam

#2 Membaca “Bismillah”

#3 Mencuci tangan sebanyak 3 kali 

Foto – Kumparan

#4 Mencuci kemaluan dengan tangan kiri 

#5 Membersihkan tangan kiri dengan sabun 

#6 Berwuduk 

  • Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa (untuk solat). Atau pun bahagian kaki boleh ditangguhkan dan cuci selepas selesai mandi.

#7 Membasuh kepala dengan mengusap rambut dengan rata sebelum siram dengan air sebanyak 3 kali 

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air dan mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”- Hadith Aisyah di dalam Sahih Al-Bukhari.

  • Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.
  • Bagi wanita yang mandi untuk selepas haid atau junub, perlu dilepaskan ikatan rambut tersebut.
Foto – CNN

#8 Mulakan bahagian kanan 

“Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, bersikat dan bersuci”- Dari Aisyah RA, Sahih Muslim.

#9 Ratakan air ke seluruh badan 

#10 Berwudhu 

Sekadar info, perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Langkah dan kaedah mandinya pula adalah sama.

Untuk lebih faham, kamu boleh tonton video perkongsian Ustaz Azhar Idrus mengenai cara mandi wajib di bawah;

YouTube video

Semoga bermanfaat!

cara mandi wajib haidlangkah mandi wajibmandi wajib
https://lomp.at/ylg71
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara