Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Terima Tuntutan RM162 Juta, Ayu Puteh Buat Bisnes Apa?- ‘Hebatnya Saya’

by Phic ARMAN
March 13, 2023
284
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasa teranaiya dan seribu persoalan di dalam minda, itu yang bermain-main dalam fikiran penerbit dan pengarah Datuk Ayu Puteh selepas menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran dari sebuah setesen TV swasta. Lebih Mengejutkan, bukannya sedikit tetapi berjumlah RM162,192,000. Ayu menganggap tuntutan ini langsung tidak masuk akal.

Tuntutan ini susulan daripada tindakan Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh memfailkan saman terhadap stesen terbabit selepas tidak mengendahkan Tiga notis tuntutan bayaran untuk dramanya.

“Saya Baca 3 kali angka tu.! Takut salah Baca. Surat Tuntutan Berjuta Ringgit Yang Saya Terima Pada 6 Mac 2023.

“Rasa di Tindas dan sangat teraniaya . Saya tuntut Hak Bayaran drama yang Dah lama dan selesai sepenuhnya di Siarkan. Tapi dalam masa sama, saya berfikir apa agaknya dalam fikiran station TV tersebut masa menulis tuntutan berjuta Itu. Dan bertanya pada diri, aku ni buat bisnis apa sebenarnya”- katanya kepada Murai MY

Serah Kepada Peguam

Walau bagaimana pun, Ayu hanya berserah kepada Tuhan dan mengarahkan peguamnya untuk menguruskan kes tersebut.

“Tapi tak apa lah..Allah Kan Ada. Pasti dia pun sedang melihat ragam dan niat hamba-hamba Nya ini Saya ni orang kecil je .Jadi saya serah pada yang merancang’’

Terdahulu, Ayu menjelaskan bahawa sebenarnya projek Ini tidak mempunyai sebarang isu kelewatan dan semua kandungan episod diluluskan stesen itu.

“Drama pun disiarkan sepenuhnya bermula 14 September hingga 27 Oktober 2022, sebenarnya tidak mempunyai sebarang isu kelewatan sebelum ini. Semua kandungan episod diluluskan oleh station Itu .”- katanya ketika dihubungi oleh MURAI MY

“Malah siarannya disiarkan dengan jayanya mengikut tarikh siaran ditetapkan.Drama 28 episod itu dipadatkan menjadi 26 episod bagi menjaga kualiti serta momentum penceritaan drama. Sudah dimaklumkan kepada penyiar secara bertulis tetapi tiada apa-apa komen dari Pihak penyiar.”- tambahnya lagi

Ayu berkata kepada MURAI MY, dia menuntut baki bayaran RM704,000 bagi tayangan drama itu namun tidak diendahkan. Jadi dia terpaksa saman.

Ayu yang juga pemilik Pencil Pictures berkata mereka sudah berkali-kali beri notis peringatan pembayaran diberi kepada pihak penyiaran dan menunggu sekian lama, namun tiada maklum balas.

Kami di MURAI MY mendoakan segala urusan Ayu dipermudahkan dan berharap kebenaran berpihak kepadanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
ayu puteh
https://lomp.at/1w7ko
Share114Tweet71SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem