Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Lebih Grip & Sedap Pakai, Wanita Bersukan Wajib Ada Koleksi Bra & Legging adidas SS23!

by Soph Azz
March 14, 2023
Foto - adidas

Foto - adidas

Share on Facebook

Inilah masanya untuk kamu ucap selamat tinggal pada pakaian sukan yang buatkan badan kamu tak selesa dan ‘terseksa’!

Ramai yang anggap ianya normal tetapi bila kamu kenakan pakaian sukan dan alami beberapa situasi seperti gatal-gatal, ruam; jerawat, merengsa hingga melecet; ini tandanya pakaian sukan kamu sama ada tidak sesuai, non-breathable atau fabriknya tidak mesra kulit.

Dan untuk elakkan kamu hadapi situasi tersebut apabila melakukan aktiviti kecergasan atau sukan kegemaran kamu, Miss Murai syorkan untuk kamu beralih dan mencuba koleksi pakaian sukan baru daripada adidas.

Koleksi adidas SS23 yang terdiri daripada bra dan legging ini direka khas dengan menggabungkan perincian khusus, bahan dan teknologi inovatif terbaru daripada adidas.

Bakal membuatkan kamu teruja, koleksi terbaru ini menampilkan empat jenis koleksi bra dan legging; di mana setiap satunya direka khas mengikut jenis sukan dan aktiviti kecergasan seperti:

#1 ALL GYM 

Tak perlu rungsing nak sesuaikan pakaian mengikut jenis senaman dalam gim, menariknya koleksi All Gym ini  kamu boleh gunakan bra dan legging untuk apa jua senaman daripada kardio hingga bebanan.

Foto – adidas
  • Optime Training Luxe 7/8 Legging dibina dengan teknologi LYCRA®SPORT memberikan pengekalan bentuk yang dioptimumkan dan teknologi AEROREADY pula membuatkan atlet sentiasa berasa kering.
  • TLRD Impact Luxe Training High Support Bra yang menggunakan teknologi HEAT.DRY berkebolehan untuk maksimumkan aliiran udara dan pastikan atlet berasa sejuk.

#2 TLRD HIIT TRAINING 

Seperti yang kita tahu, latihan HIIT adalah senaman yang kuat dan sangat intense; jadi bila kenakan koleksi TLRD HIIT Training ini kamu tak perlu rasa risau atau insecure. Ini kerana leggingnya tidak akan bergulung di bahagian pinggang dan jatuh, manakala bra pula akan kekal pegang payudara kamu di tempat sepatutnya.

Topik Berkaitan 5 Sebab Kenapa Peranakan Collection Adidas Malaysia Patut Ada Dalam 'Closet' Anda
Foto – adidas
  • TLRD HIIT Training 7/8 Legging ada bahan regangang empat hala untuk kurangkan rasa tak selesa dan sisipan mesh pada betis memberikan aliran udara yang terbaik.
  • TLRD Impact Training High Support Bra diperincikan dengan bahagian hadapan dan belakang yang terbuka, untuk maksimumkan aliran udara dan buatkan atlet berasa sejuk di zon haba dan peluh.

#3 RUNNING 

Selalunya poket di seluar larian akan buatkan kita rasa tak selesa bila bawa peranti muzik atau telefon bimbit bersama. Mana taknya, sambil berlari boleh rasa telefon melambung-lambung dalam poket. Tetapi dengan koleksi Running, poketnya direka dengan slim, membuatkan kamu tak rasa gangguan sepanjang larian. Paling best, dekat bra pun ada poket juga tau, boleh selit wang!

Foto – adidas
  • DAILY RUN 3 Stripes 5-inch Legging ada tali tarik dalaman yang membolehkan pinggang kamu melaras ikut saiz dan keselesaan.
  • Running Medium Support Pocket Bra diperhebatkan dengan pelapik boleh tanggal di mana kamu boleh beri perlindungan yang diperlukan oleh payudara tanpa halangan.

#4 STUDIO

Kebanyakan pakaian sukan ketika melakukan yoga memberikan ketidakselesaan yang tak boleh digambarkan. Dan koleksi ini menawarkan rasa selesa yang berpanjangan tanpa perlu risau badan jadi melecet bila lakukan yoga dalam waktu yang lama atau payudara tidak disokong dan berpegang di tempatnya.

Foto – adidas
  • Yoga Studio Luxe 7/8 Legging yang mempunyai regangan bahan tambahan memudahkan atlet untuk lakukan pelbagai pose semasa latihan.
  • Yoga Studio Luxe Light Support Bra dengan jalur bawah bra tanpa cangkuk; dapat mengelak daripada atlet berasa tercucuk atau sakit ketika baring atas lantai. Serta pad boleh tanggal dapat berikan fleksibiliti sokongan mengikut bentuk badan.

Mudah dilaras, beri sokongan penuh dan pengurusan aliran udara terbaik; koleksi bra dan legging ini tersedia dalam saiz inklusif yang sesuai untuk semua wanita! Boleh beli di [SINI].

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adidasadidas braadidas leggingadidas ss23
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA
Fesyen

Rosé & PUMA Bergabung Tenaga, Lancar Speedcat Mule Baharu Yang Sangat Chic!

by Nurul A.
June 23, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé tampil bergabung tenaga dengan PUMA, memperkenalkan Speedcat Mule. Kolaborasi ini merupakan evolusi luar biasa yang menggabungkan...

Read moreDetails
Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  2. 2

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  3. 3

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  4. 4

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  5. 5

    Tampil Di Ulang Tahun Ke-25 “The Fast & The Furious”, Anak Paul Walker Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara