Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Sebelum Mati Wanita Beragama Islam Ini Teringin Makan Babi, Bukan Mati Sebagai Husnul Khatimah

by Puteri Alia
March 27, 2023
Share on Facebook

Sebagai umat Islam, kematian Husnul Khatimah merupakan kematian yang sering diimpi-impikan bagi semua manusia khususnya Muslim.

Kematian yang dicemburui itu ialah kematian ketika melakukan ibadah dan amal soleh serta sebagaimana sabda Nabi SAW iaitu dengan melafazkan syahadat sebelum meninggal dunia.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.”

Bahkan kita sering mendengar, jika seseorang itu meninggal pada Khamis atau Jumaat, kematian mereka itu adalah baik. Menurut sumber sahih, terdapat hadis daripada Baginda Nabi SAW bermaksud:

“Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.” Hadis Riwayat at-Tirmizi

Selain itu, digambarkan juga keadaan seseorang apabila berada dalam saat kematian dengan peluh jernih mulai keluar pada dahi. Gambaran ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tanda kematian bagi seorang Mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.” Hadis Riwayat at-Tirmizi

Situasi ini berlaku kepada mereka yang sebenar-benar mentaati perintah Allah SWT sama ada dalam keadaan terang atau tersembunyi.

Mereka beramal soleh dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala bentuk larangan-Nya.

Manusia khususnya berada pada akhir zaman ini akan banyak ‘dihidangkan’ dengan cabaran kehidupan yang turut melibatkan perkembangan teknologi.

Hasilnya, ia akan menjadi sebahagian daripada ujian besar bagi mempersiapkan manusia untuk bertemu Allah SWT kelak.

Namun baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang pempengaruh warga Indonesia yang didakwa beragama Islam telah membuat pengakuan kontroversi apabila dia mengakui bahawa dia mahu makan babi sebelum mati sebagai umat Islam.

[VIDEO] Kerana Hadiah, Nyanyian Pemuda Ini Cetus Gelak Tawa- "Kukira Opera Wings Rupanya..."

Hal yang demikian meraih kecaman warganet apabila bertindak memuat naik video berkenaan di laman TikTok miliknya.

Sebelum ini wanita ini yang dikenali sebagai Lina Mukherjee berkongsi sebuah konten mengenai dirinya yang menguliti daging babi lalu memakannya.

Dalam ajaran agama Islam, melarang keras makan daging babi dimana hukumnya adalah haram. Tindakannya itu diserbu banyak netizen sehingga dikritik habis-habisan.

Error happened.
Viral
https://lomp.at/ciyco
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara