• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Sebelum, Semasa Atau Selepas Mandi? Haa… Cara Ini Yang Sebetulnya Kalau Pakai Hair Mask

by Soph Azz
March 31, 2023
Foto - Femina.in

Foto - Femina.in

Share on Facebook

Sama ada rambut kamu berwarna, kering, rosak, bercabang, rapuh dan sebagainya; penting untuk kamu gunakan hair mask dalam cara yang betul untuk baiki dan suburkan rambut. Baik dari akar rambut hingga ke hujung.

Tak seperti syampu dan perapi, hair mask tidak perlu digunakan setiap hari dan hanya sebanyak 2-3 kali seminggu saja.

Walaupun hair mask boleh bantu kamu dapatkan rambut yang sihat dan bersinar, tapi tak ramai yang tahu cara betul untuk dapatkan manfaatnya. Buat kamu yang tak pernah jadikan hair mask sebagai rutin atau baru nak mula gunakannya, baca perkongsian Miss Murai di bawah;

Apa-apa pun, pilih hair mask ikut jenis rambut dulu

Sebelum gunakan hair mask, penting untuk kamu tahu hair mask jenis apakah yang sesuai mengikut keadaan rambut kamu. Untuk mudahkan kamu, DIVA telah kelaskan beberapa jenis rambut dan hair mask apa yang sesuai untuk kamu seperti:

Foto – Sephora / Space NK
  • Halus dan berminyak – Guna hair mask yang lightweight, kerana ia akan beri kelembapan dan buatkan rambut bersinar tanpa nampak menipis, berminyak dan kurang volume.
  • Kering dan frizzy – Kamu perlukan adalah hair mask yang mempunyai ciri deep-conditioning. Selain berikan kelembapan yang cukup, hair mask jenis ini mampu melembutkan serta melicinkan rambut kamu.
  • Rambut berwarna – Pilih hair mask jenis ultra-hydrating yang dicipta khas untuk merawat rambut berwarna. Manfaat gunakan hair mask jenis ini, ia akan panjangkan ‘hayat’ warna rambut dan pastikan sentiasa nampak bermaya tanpa memudarkannya.
Foto – Sephora
  • Keriting dan kasar – Kamu memerlukan penghidratan yang cukup, jadi pilih hair mask yang dicipta khas untuk rambut keriting. Bukan saja hilang kusut, tapi kamu boleh dapat volume semula jadi pada keriting!

Cara pakai hair mask dengan betul!

Nak dapatkan seluruh manfaat hair mask, kamu perlu tahu cara pakai yang betul. Bermula daripada…

@sarahbrawleyhair

Hair mask hack for healthy shiny hair! using the @hairburst mask! #AD #haircaretips #hairmask #hairtutorial #GetGrafting #learnontiktok

♬ formula – favsoundds

  • Langkah 1: Cuci rambut dengan bersih sebelum keringkan guna tuala kering. Jangan terlalu kering, biarkan rambut sedikit lembap.
  • Langkah 2: Bahagikan rambu kepada beberapa bahagian untuk mudahkan pemakaian hair mask.
  • Langkah 3: Ambil hair mask dan sapu di setiap bahagian yang dibahagikan. Pastikan bermula di tengah rambut (tengah ke  hujung).
  • Langkah 4: Sambil sapu, sikatkan guna jari di setiap rambut untuk pastikan hair mask kena pada semua bahagian rambut.
  • Langkah 5: Lebihan hair  mask di tangan boleh diletak pada akar rambut. Urut untuk pastikan hair mask terkena di semua bahagian.
  • Langkah 6: Klipkan rambut dan biar selama 20-30 minit sebelum bilas dengan air.

Untuk lebih efektif, kamu boleh gantikan klip rambut dengan tuala yang dipanaskan (sama ada dalam mikrowave atau steam). Bungkus rambut di atas kepala.

Selamat beramal!

cara pakai hair maskhair maskhair mask terbaikhair mask trick
https://lomp.at/6mcbl
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  4. 4

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  5. 5

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore