Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kenyataan Balas Sam Bunkface Raih Sokongan Netizen – “Tak Semua Bekas Isteri Menyatakan Perkara Sebenar”

by Aphit J.
April 2, 2023
Share on Facebook

Sebelum ini, Aida Azira yang merupakan bekas isteri kepada Sam Bunkface tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi itu berhubung pindaan nafkah anak lelaki tunggal mereka.

Aida berkata, sudah menjadi tanggungjawab Sam sebagai bapa untuk melunaskan nafkah buat anak mereka dan bukannya memohon untuk ia dipinda.

Sam Membuat Kenyataan Balas

Terbaru, di Instagram miliknya, Sam membuat penjelasan menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Sabtu menjelaskan kembali situasi sebenar.

Vokalis kumpulan Bunkface itu membuat penjelasan itu sebagai respons kepada bekas isterinya, Aida Azira Hussin yang tidak bersetuju penyanyi itu membuat permohonan pindaan nafkah.

Menilai Kehidupan Melalui Media Sosial

Menjelaskan mengenai perkara itu, Sam berkata, Aida sedia maklum tentang pendapatannya selepas dia berkongsi semua bukti di mahkamah berhubung alasan permohonannya itu.

Sam turut mempersoalkan tindakan Aida yang menilai kehidupannya berdasarkan apa dimuat naik di media sosial.

https://www.instagram.com/p/Cqfv2C0hsH-/

Dalam pada itu, Sam mendakwa dia telah dihalang daripada bertemu anak lelakinya itu dan kali terakhir mereka berjumpa tiga bulan lalu dan bukannya enam bulan seperti didakwa bekas isterinya.

Apa lebih mengecewakan kata Sam, Aida dilihat sengaja menyukarkan proses pertemuan dia dan Maleeq memandangkan ketika ini kanak-kanak itu bawah jagaan neneknya di Melaka.

Raih Pujian Netizen

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen memuji cara profesionalisma yang ditunjukkan oleh Sam dan mereka juga menyatakan bahawa penjelasan Sam tersebut sangat padat dan beserta bukti.

Sam turut mengakui dia turut menyekat nombor telefon bekas isterinya itu disebabkan menerima terlalu banyak ugutan selain sukar diajak berbincang.

Penyanyi itu juga turut berharap agar Aida menjadi seorang ibu yang bertanggungjawab dan tidak terus berdolak dalih.

What’s your Reaction?
+1
4
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

aida azirasam bunkface
https://lomp.at/se90f
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem