Bekas ejen Meghan Markle, Ari Emanuel mengakui bahawa dia gembira kerana tidak lagi perlu meguruskan kerjaya Duchess of Sussex.
Bekas Ejen Dedah Kisah Kerjaya Meghan Markle
Ari, seorang ejen Hollywood yang paling berpengaruh, mengesahkan perpisahan profesionalnya dengan Meghan pada dua tahun yang lalu.
“Perkara yang bagus ialah saya tidak perlu memikirkannya lagi.”
Menurut sumber, Meghan tidak lagi bertemu dengan Ari sejak Januari 2024. Namun Meghan dipercayai masih berhubung dengan ejen yang mengendalikan aktiviti hariannya.
Seorang individu dari industri hiburan turut mendakwa Meghan diberhentikan kerja kerana dianggap “terlalu mengawal” dan “sukar untuk bekerjasama”.
Manakala ada yang mendakwa wujudnya perselisihan faham antara Meghan dan Ari. Pertikaian itu dilaporkan timbul selepas Duchess of Sussex itu memintanya untuk bertemu pada Januari 2024 dan membentangkan pelan kerja.











