Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak tunggalnya secara rahsia.
Jaga Privasi Anak, Son Ye Jin Beri Amaran
Menerusi temu bualnya ketika mempromosikan drama terbaru “The Scandal”, aktres itu menyentuh tentang isu beberapa individu yang melanggar privasi keluarganya dan mengambil gambar anak lelakinya yang berusia empat tahun.
Apabila kejadian itu berlaku, Ye Jin dan suaminya, Hyun Bin dengan segera mengambil tindakan tegas. Pasangan itu dilaporkan tidak teragak-agak untuk bersemuka dengan pelaku dan meminta untuk memadamkan gambar anak mereka.
“Ramai orang yang mengambil gambarnya (anak Ye Jin dan Hyun Bin) secara rahsia. Kami pergi kepada mereka dan meminta untuk memadamkan ketika itu.”
Tegas Son Ye Jin, keputusan untuk menjaga privasi keluarga dibuat kerana bimbang satu-satu anaknya itu tidak boleh menikmati kehidupan peribadi jika wajahnya sudah diketahui umum.











