Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Meriahkan Aidilfitri Anda Dengan Pertempuran Akhir Dapur Tempur Ra-Ra!

by Aphit J.
April 22, 2023
Share on Facebook

Setelah empat minggu menghiburkan peminat dengan pelbagai aksi masakan dan reaksi yang hebat, episod akhir Dapur Tempur Ra-Ra bakal memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pertempurn Akhir

via TV9

Episod sebelum ini menyaksikan pasangan juara Dapur Tempur musim pertama, Masam Manis yang terdiri daripada Muiz Zulkifli dan Arieni Ritzal mengalahkan pasangan selebriti Dap Err iaitu Bell Ngasri dan Farhana Fauri.

Dalam pertempuran akhir Aidilfitri ini, kumpulan Double Trouble yang merupakan pasangan ibu dan anak, Nabila Huda dan Keisha Laila bakal berentap dengan pasangan adik-beradik, Seketul Rasa yang terdiri daripada Shima Samarudin dan Hanis Samarudin.

Pada minggu-minggu sebelum ini, setiap kumpulan perlu menyediakan hidangan sahur, berbuka dan moreh.

Lebih “Huru Hara”

Gelagat ibu dan anak ini pastinya mencuri perhatian di Dapur Tempur Ra-Ra apabila Keisha menunjukkan bakat memasak yang diwarisi daripada ibunya malah tidak kekok untuk beraksi di dapur.

Kedua-dua pasangan peserta yang lebih kompetitif di episod akhir ini membuatkan dapur pertempuran lebih huru-hara, lebih-lebih lagi dengan penampilan oleh Nabila Huda.

Boleh Ditonton Secara Online

via TV9

Teruskan menonton episod kelima Dapur Tempur Ra-Ra yang akan bersiaran pada 23 April 2023, hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV9 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store serta strim langsung melalui YouTube TV9 Malaysia.

Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari https://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

Error happened.
Nabila Huda Sebak Terima Sepucuk Surat Dari Anak-"Awak Buat Saya Menangis.."
nabila huda
https://lomp.at/rgkpg
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara