Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Disaat Orang Tolak-Menolak Untuk Cium Hajarul Aswad, Nazim Othman Menghampiri Dengan Senyuman Bersahaja

by Puteri Alia
May 2, 2023
185
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti diketahui umum, mencium Hajarul Aswad merupakan salah satu anjuran yang baik dilakukan saat melaksanakan ibadah haji mahupun umrah.

Hajarul Aswad tidak lain adalah batu istimewa yang diletakkan di sudut timur luar Ka’bah. Bahkan ketika melakukan ibadah tawaf atau mengelilingi Ka’bah, tentunya rata-rata jemaah haji atau umrah berkesempatan melihat batu syurga berkenaan.

Meskipun begitu, tidak semua orang beruntung untuk melihat bahkan menyentuh dan mencium langsung Hajarul Aswad. Hal yang demikian kerana ibadah tawaf dilakukan secara bersamaan, sehingga para jemaah haji atau umrah bersesakan untuk merebut manfaat yang diberikan.

Oleh yang demikian, sangat istimewa bagi jemaah yang berkesempatan untuk menyentuh dan mencium Hajarul Aswad iaitu sejenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah SWT dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajarul Aswad  terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Namun, menurut sumber batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh ribuan manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang keBaitullah, baik untuk haji mahupun untuk tujuan Umrah.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok, momen yang begitu berharga buat pelakon Nazim Othman apabila dalam kesesakan ribuan jemaah di hadapan Kaabah, aktor Malaysia ini menghampiri Hajar Aswad dengan begitu bersahaja sambil mengukir senyuman lalu mengucup batu syurga itu.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu kelihatan berpuas hati dan tersenyum seusai dirinya mengucup batu itu biarpun diasak oleh ramai orang.

Menerusi Instagram miliknya, dia juga tampil berkongsi momen dirinya menyambut Aidilfitri sewaktu menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini.

“Salam Aidilfitri dari kota Mekah. Maaf zahir dan batin,” tulisnya.

Kagum melihat momen tersebut, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya menerusi ruangan komen.

“Dia Bukan Syurga” – Kisah Realiti Cinta Toksik di Astro Ria

Malah, ada juga yang meluahkan rasa sebak mereka selepas melihat kegigihan pelakon itu untuk mengecapi momen yang diimpikan oleh setiap umat Islam itu.

Ada juga yang ingin mengetahui apakah amalan atau kebaikkan yang sering dilakukan Nazim sehingga diberi rezeki sedemikian serta dipermudahkan segala urusan di sana.

Sebagai rekod, beberapa tahun yang lalu, pelakon ini pernah disahkan mempunyai tumor di dalam kepala yang memerlukannya menjalani pembedahan. Walaupun telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit tersebut, Nazim dikatakan masih lagi trauma.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nazim othman
https://lomp.at/vwgt9
Share74Tweet46SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem