Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

by Nurul A.
August 19, 2025
Foto - The Sun Malaysia / Berita Harian

Foto - The Sun Malaysia / Berita Harian

Share on Facebook

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Saifuddin Nasution menerima kecaman hebat orang ramai selepas mendakwa ibu Zara Qarina, Noraidah Lamat, telah menolak prosedur bedah siasat terhadap anak tunggalnya sebanyak dua kali.

Memetik kenyataannya daripada Sinar Harian, Datuk Seri Dr. Saifuddin mendedahkan bahawa Noraidah menolak untuk tidak lakukan prosedur bedah siasat terhadap Zara Qairina kerana mahu menyegerakan pengembumian.

@mstarmalaysia

Dua kali ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segerakan pengebumian #beritatiktok #mstar #zaraqairina

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

“Pengawai penyiasat polis berjumpa ibu mangsa (Noraidah Lamat) dan memaklumkan mengenai keperluan untuk melakukan proses bedah siasat. Ibu mangsa ketika itu menyatakan dia hendak menyegerakan pengebumian kerana anaknya sudah cukup derita.”

Pada masa yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa ibu Zara Qairina kemudiannya mengisi maklumat dan menandatangani surat akaun enggan melakukan prosedur bedah siasat mayat. Datuk Seri Dr. Saifuddin mendedahkan surat itu ditandatangi sendiri atas kemahuan Noraidah dan ianya disaksikan oleh kakak iparnya.

@demisabah.com

Ibu kekal pendirian nak segerakan pengebumian – Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail #fyp #demisabah #justiceforzara

♬ original sound – DEMI SABAH – DEMI SABAH

“Sikap pegawai penyiasat polis waktu itu menghormati sepenuhnya (permintaan Noraidah). Dari sudut Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) itu dianggap sebagai tindakan tidak patuh dan ditegur dan polis akan mengambil tindakan dalaman.”

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr. Saifuddin itu telah disangkal oleh ahli keluarga Zara Qairina iaitu waris kedua, Syira Leizel Janice Abdullah di media sosial. Syira mendedahkan bahawa dakwaan Noraidah menolak prosedur bedah siasat itu tidak benar.

Foto – @kakakgojez (Threads)

Jelasnya sebagai saksi, pegawai penyiasat polis dan juga doktor tidak membuat sebarang penerangan tentang prosedur bedah siasat malah hanya memberikan borang untuk ditandatangani sahaja kepada ibu Zara Qairina.

“Kenyataan ibu arwah (Noraidah Lamat) menolak post-mortem dua kali adalah tidak benar. Saya saksi sendiri bahawa tiada sebarang penerangan diberikan kepada waris, hanya borang ditolak untuk ditandatangi. Malah IO dan doktor tidak pernah menandatangi di hadapan waris sebagaimana sepatutnya.”

Untuk rekod, lima remaja yang terbabit kes buli Zara Qairina bakal didakwa esok (Rabu, 20 Ogos 2025) di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri dr saifuddin nasutionibu zara qairinaNoraidah Lamatsaifuddin nasutionZara Qairina
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Update

[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao

by Phic ARMAN
June 8, 2026

Sebuah video yang memaparkan detik-detik cemas murid sekolah ketika gempa bumi bermagnitud 6.2 menggegarkan luar pantai Mindanao, Filipina, tular di...

Read moreDetails
FAKTA

11 Tahun Berlalu, Miksudiar Masih Trauma: Kes Jaslinda Kembali Ingatkan Tragedi Pos Toho

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Kes kehilangan wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selepas 14 hari sesat di kawasan hutan berhampiran Pos Musoh baru-baru ini kembali...

Read moreDetails
Berita

Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1...

Read moreDetails
Berita

Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Dunia seni tanah air sekali lagi menerima berita duka apabila Rozaiman Aziz, anak sulung kepada seniman legenda Allahyarham Datuk Aziz...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara