Friday, October 17, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Khas Untuk Hari Ibu, Siapkan & Manjakan Diri Dengan Ikuti Tips Kecantikan Ini!

by Soph Azz
May 8, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Psst… Miss Murai tahu para ibu pasti ada momen di mana mereka letih menguruskan rumah tangga terutamanya yang melibatkan anak-anak. Dan sempena Hari Ibu yang bakal menjelma tak lama lagi; apa kata kamu mengambil peluang ini untuk memanjakan diri tanpa sebarang gangguan.

Setelah lama tidak ber-“me time”, inilah masanya untuk kamu rehatkan diri sekejap untuk lakukan apa yang kamu suka. Termasuklah merawat dan menjaga kecantikan diri sendiri. Sekiranya tak tahu nak mula daripada mana, Miss Murai cadangkan untuk kamu ikut tips berikut…

Scrub badan homemade 

Penting untuk kamu tahu yang scrub bukan hanya pada muka sahaja tetapi pada badan juga. Ketika mandi, seelok-eloknya para ibu cuba scrub badan. Ini kerana badan kita setiap hari menghasilkan kulit mati dan sebab itulah ada daki di badan walaupun setiap hari mandi.

Foto – Pinterest

Untuk hilangkannya dan bersihkan badan sebersih-bersihnya, kamu boleh scrub badan menggunakan resepi sendiri. Antara resepi scrub badan yang boleh kamu cuba adalah campuran serbuk beras, serbuk kunyit, susu dan perahan air limau nipis.

Rawatan rambut 

Seperti kulit wajah, keadaan rambut yang berbeza memerlukan rawatan yang berbeza. Antara rawatan homemade yang kamu boleh cuba berdasarkan beberapa keadaan rambut adalah:

  • Kering: Masker campuran kuning telur dan susu
  • Kusam: Makser campuran yogurt dan air perahan lemon
  • Bau hapak dan kulit kepala tak sihat: Masker limau purut

Rawatan kaki 

Bagi sesetengah orang ada yang sangkakan rawatan kaki tak berapa penting. Sebenarnya salah kerana di celah-celah jari dan sekeliling kuku boleh menjadi tempat daki serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Foto – Pinterest

Untuk hilangkan daki dan bau-bauan yang kurang enak, para ibu boleh cuba merawat dengan:

  • Sediakan sebesen air rendaman susu, limau nipis dan air mawar. Rendamkan kaki kamu selama beberapa minit.
  • Kemudian ambil garam halus dan scrub di celah-celah jari dengan lembut.
  • Bersihkan dengan air dan sapukan losyen untuk kekalkan kelembapannya.

Mandi bunga cara orang dulu-dulu 

Sesetengah orang, mereka tak sempat untuk ke spa bagi mandi bunga. Jika kamu salah seorang daripadanya, kamu boleh lakukan mandian bunga di rumah dengan mengikuti cara-cara berikut;

Foto – Pinterest
  • Sama ada baldi atau bath tub, isikan air suam (atau susu) dan masukkan kelopak bunga mawar, bunga melur, limau purut dan beberapa pilihan bunga yang kamu suka.
  • Ramaskan setiap bahan-bahan rendaman tadi dengan lembut. Boleh juga kalau nak titiskan beberapa essential oil ke dalamnya.
  • Siramkan atau rendamkan badan dalam air tersebut sambil gosok bunga dan potongan limau di badan.

Bagi Miss Murai, boleh sahaja selepas itu kalau kamu tak mahu bilas badan. Tetapi kalau gunakan susu, lebih baik bilas dulu ye.

Selamat beramal para ibu!

hadiah hari ibuHari Ibupetua kecantikantips kecantikan
https://lomp.at/o0y2j
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

Dermalene Anjur “Breakfast” Istimewa Bersama Ustazah Asma’ Harun, Raikan Merdeka dengan Gaya

by Phic ARMAN
July 28, 2025

Baru-baru ini, kami di MURAI sempat meluangkan masa pagi yang cukup bermakna bersama Dermalene Skin Centre dan De.Wan 1958 di...

Read more
Foto – Arkib Miss Murai
Hotel

[VIDEO] Temple Tree Langkawi: ‘Charge’ Tenaga Dengan Percutian Yang Lebih Tenang & Jauh Dari Bandar!

Jujur cakap, percutian singkat kali ini menyedarkan Murai betapa lamanya tiada momen 'me time' dan recharge tenaga dengan sebetul-betulnya. Percutian...

Read more
by Soph Azz
July 30, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Ammar Ahyan Bawa Kereta Mahal Tapi Letak Teh Ais Dalam Kereta

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem