Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Berat Badan Boleh Turun Walaupun Tengah Tidur? Macam Mana Tu?

by Soph Azz
May 18, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah.

Jadi tak hairanlah kalau ada segelintir daripada kita, berebut-rebut mahukan petua turunkan berat badan dengan cepat atau sanggup lakukan pembedahan.

Tetapi bagi Miss Murai, ada satu cara untuk kamu turunkan berat badan dengan cepat iaitu melalui tidur. Mungkin ada yang hairan, tetapi tidur boleh membuatkan kalori kamu dibakar pada tahap yang maksimum.

Dipetik daripada Today, ada beberapa cara yang boleh kamu turunkan berat badan semasa tidur pada waktu malam. Nak tahu tak macam mana caranya?

Yang pertama pastikan tidur kamu cukup!

Langkah pertama untuk menurunkan berat badan adalah pastikan kamu mendapat waktu tidur yang mencukupi. Purata orang dewasa memerlukan 7-9 jam tidur pada waktu malam.

Foto – Pinterest

Tidur adalah satu aktiviti yang penting kerana ia boleh membuatkan hormon dan sistem imun badan berfungsi dengan baik. Kurang tidur atau tidur yang tidak nyenyak akan membuatkan otak menghantar isyarat kelaparan kepada badan sehingga secara automatik membawa kepada penambahan berat badan.

Kemudian bengkokkan badan ke hadapan 

Sebelum tidur, pastikan kamu duduk dalam posisi yoga ini untuk membnau menenangkan fikiran daripada tekanan dan kebimbangan serta meningkatkan kualiti tidur.

Foto – Pinterest

Caranya:

  1. Duduk dengan tegak dengan kaki dilunjurkan ke hadapan.
  2. Kemudian bengkokkan sedikit badan ke hadapan.
  3. Tarik nafas, kira sampai 5 dan hembus.
  4. Ulang pergerakan ini sebanyak 5-10 kali sebelum tidur.

Lakukan senaman kekuatan

Senaman adalah satu aktiviti yang kamu patut cuba jika mahu menurunkan berat badan walaupun tengah tidur pada waktu malam. Keadaan ini berkesan kerana senaman akan terus membakar kalori walaupun sesi senaman sudah tamat.

Antara senaman yang boleh kamu cuba sebelum tidur adalah:

  • Squat sebanyak 10 kali
  • Plank selama 30 saat

Akhir sekali sejukkan bilik & pastikan ia gelap

Siapa yang berjaya mengekalkan suhu  bilik 19°C setiap hari selama sebulan, dia boleh meningkatkan jumlah pembakaran kalori dalam badan sebanyak 42% dan metabolisme sehingga 10%.

"Slowly But Surely", Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam
Foto – Pinterest

Sementara itu, pastikan tidur dalam keadaan lampu ditutup dan tiada sebarang cahaya luar untuk pastikan hormon melatonin tidak disekat dan mejejaskan metabolisme dalam badan.

Semoga bermanfaat!

berat badancara turunkan berat badanpetua turun berat badanTurun Berat Badan
https://lomp.at/444ar
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara