Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Manis & Elegan Kate Middleton Gayakan Gaun Biru, Tapi Ada Yang Kata Tiru Meghan Markle?

by Soph Azz
May 23, 2023
Foto - Daily Star

Foto - Daily Star

Share on Facebook

Puteri Wales, Kate Middleton telah mengejutkan orang ramai apabila tampil dengan video cameo-nya semasa pertandingan akhir Eurvision Song Contest yang diadakan di Liverpool baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Kate telah mempamerkan bakatnya dalam bermain piano di Istana Windsor. Puteri Wales itu memainkan “Stefania” versi instrumental oleh kumpulan Ukraine Kalush Orchestra.

Selain daripada kehebatannya bermain piano, ramai orang teruja melihat penampilannya yang manis dan elegan! Untuk penampilannya, Kate mengenakan gaun chiffon dalam rona biru yang disarungkan secara asimetri dalam gaya Grecian di atas satu bahu.

Gaun biru “Marlowe” tersebut direka oleh salah seorang pereka fesyen kegemaran Kate iaitu Jenny Packham. Gaun tersebut adalah daripada koleksi ready-to-wear dan berharga $3820 (RM17417.30).

A #Eurovision surprise ?

A pleasure to join Kalush Orchestra in a special performance of last year's winning @eurovision entry.

Enjoy the show, Liverpool ? pic.twitter.com/y4WDuWvOvb

— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) May 13, 2023

Kate turut menggayakan gaunnya itu bersama dengan sepasang kasut tinggi dalam rona perak, sepasang anting-anting yang mempunyai berlian dan sapphire milik Ratu Elizabeth.

Walaupun penampilannya itu menampakkan sisinya yang elegan dan manis, tetapi ada segelintirnya mengatakan bahawa Kate telah meniru adik iparnya, Meghan Markle.

Foto – Vogue

Ketika NAACP Image Awards pada Februari 2022 lepas, Meghan telah menggayakan sepasang diaphanous blue gown yang disarungkan pada satu bahu dengan ombre demi-train yang jatuh dari bahu.

Topik Berkaitan Gara-Gara Puji Kate Middleton, Meghan Markle Berdendam Dengan Katy Perry

Gaun tersebut direka oleh Christopher John Rogers dan Meghan melengkapkan penampilannya dengan gaya rambut “Hollywood waves”. Sangat ringkas dan ikonik!

Foto – Evening Standard

Melihatkan persamaan gaun tersebut, beberapa pihak mengatakan Kate meniru gaya Meghan. Dan ada juga yang mengatakan gaya Kate sebenarnya diinspirasikan oleh Puteri Diana ketika lawatannya ke Australia (1996).

Menurut kamu, adakah Kate meniru Meghan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fashion kate middletonkate middletonMeghan Markleputeri diana
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara