Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Warna Pelangi Ni Sangat Cantik Tau, Tapi Sekarang…”- Ramai Anggap Warna Keriangan Kanak-kanak Ini Telah Dirampas

by Phic ARMAN
May 24, 2023
Share on Facebook

Pada masa ini, ramai orang berani dan bangga mengisytiharkan diri mereka sebagai lesbian, gay, bi-seksual, dan transgender atau LGBT.

Tidak seperti beberapa tahun dahulu, kini golongan LGBT boleh berbangga mengisytiharkan kewujudan mereka dengan membuat bendera yang mempunyai warna pelangi.

Sejak dari itu warna pelangi sudah menjadi simbolik tetap untuk LGBT sehinggakan kita takut untuk memiliki barang dengan warna penuh keceriaan itu.

Jika anda pemilik perniagaan yang menggunakan warna pelangi pada produk, kemungkinan besar  tindakan akan diambil kerana menyokong komuniti itu.

Serbuan Butik Swatch

Ini terbukti selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri. Kemudian merampas koleksi bertemakan pelangi, yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer+(LGBTQ+).

Reaksi orang ramai sedikit bercanggah dengan isu ini. Ada di antara mereka kesal kerana kini warna pelangi sudah dirampas oleh komuniti ini, sehingga sukar untuk mengenakan warna pelangi dalam apa cara sekalipun.

Salah seorang netizen berpendapat, warna pelangi dahulunya sangat digemari oleh kanak-kanak kerana menjadi simbolik kepada keriangan tapi kini tidak lagi.

“Sebelum puak-puak ni berleluasa dulu, warna pelangi ni sangat cantik dan digemari oleh kanak-kanak termasuk aku. Tapi sekarang orang dah tak berani nak guna warna-warna pelangi ni sebab puak-puak yang cilaka macam ni. Nak human right la sangat tapi dia tak tahu dia telah ambil keriangan kanak-kanak dan orang-orang seantaro dunia.”- tulis netizen.

VIA Twitter

‘Sebenarnya warna Pelangi ni cantik’- Netizen

Namun ada yang berharap pihak berkuasa dapat siasat terlebih dahulu penggunaaan warna pelangi pada produk kerana tidak semuanya mencerminkan komunitu LGBT.

“Semua jenis design pelangi tuLGBT ke? Mentaliti beruk tp beruk lebih pandai!”- tambah netizen yang lain.

VIA Twitter

Menurut artikel di laman web Wikipedia.org, bendera pelangi atau Bendera LGBT, adalah simbol pergerakan LGBT yang bermula pada 1970-an. Warna pelangi dipilih kerana setiap warna mewakili kepelbagaian yang kaya dalam komuniti LGBT.

Beralih mengenai rampasan jam di butik Swatch, CEO Kumpulan Swatch Nick Hayek Jr berkata, syarikat itu telah lama dikenali kerana meraikan pelbagai lapisan masyarakat menerusi jam tangan yang “berwarna-warni dan menyeronokkan”.

“Kami menyangkal pendapat koleksi jam kami, yang menggunakan warna pelangi dengan mesej keamanan dan kasih sayang, mampu membahayakan sesiapa. Ia tidak bersifat politik,” katanya menurut laporan itu.

“Kami tertanya-tanya bagaimana bahagian kawalan dan penguatkuasaan KDN akan merampas pelangi indah yang semula jadi muncul ribuan kali setahun di langit Malaysia.”- katanya.

Sementara itu, serbuan selama dua hari pada 13 dan 14 Mei itu diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

Swatch
https://lomp.at/ab235
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara