Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

by Puteri Alia
May 24, 2023
2.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjadikan media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok sebagai “medan curahan perasaan” seakan-akan menjadi habit serta trend terkini sama ada berkongsi yang positif dan menggembirakan atau sebaliknya.

Lebih membimbangkan ada yang tanpa segan silu mendedahkan perkara peribadi kerana mungkin tidak dapat memendam rasa atau setakat mahu mengisi kandungan sensasi untuk akaun media sosial mereka.

Ibarat episod drama rantaian, berikutnya menjadi tular serta bualan masyarakat, namun adakah apa yang dilakukan itu memberi kelebihan atau memalitkan lumpur ke muka sendiri atau keluarga terdekat?

Memang benar, media sosial boleh jadi benda yang baik jika digunakan dengan betul. Namun, boleh membawa padah jika digunakan dengan salah. Lebih perit lagi, salah itu akan terus berada di dunia internet kerana sekali maklumat itu berada di alam maya, ia akan kekal selama-lamanya.

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah apabila mengesahkan hubungannya bersama pempengaruh, Ubai berakhir selepas lima bulan menjalin kasih dengan kenyataan “Terima kasih untuk lima bulan yang sangat indah.”

Demikian pendedahan yang dikongsikan dalam Instagram Shila dengan berlatarbelakangkan instrumen sedih berjudul My Memory, sekali gus menamatkan spekulasi mereka sedang menuju ke perkahwinan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata melemparkan kecaman kerana menganggap Shila terlalu tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan serta dianggap tidak matang kerana sering memuat naik status mengenai kehidupan dirinya.

Bagaimanapun, memetik sebuah laporan portal hiburan, pempengaruh Ubai memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik berkenaan hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah yang dikatakan sudah berpisah.

Enggan menjelaskan lebih lanjut, Ubai menyatakan setiap pasangan pasti melalui detik pasang surut dalam hubungan mereka.

“Apa yang ditulis di Instagram itu, biasalah… Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik.

“Biasalah hubungan… Mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya.

“Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu Ubai juga menafikan dakwaan netizen yang mengatakan pengumuman Shila itu adalah disebabkan gimik lagu.

“Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu.

“Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang.

“Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang saya boleh komen setakat ini,” jelasnya.

Terdahulu, Shila seolah-olah memberi bayangan seperti sudah memutuskan hubungan cintanya dengan Ubai.

Akhirnya Kembali Berbaik, Shila Amzah Adakan "Temu Janji" Dengan Ibu Kandungnya

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya telah mengucapakan terima kasih di atas segalanya selama lima bulan hubungan mereka jalinkan.

Jelaslah bahawa bagi sesetengah orang menjadikan media sosial sebagai laman untuk meluahkan perasaan serta masalah peribadi.

Jika tidak puas hati dengan boss, terus mengetuk papan kekunci. Jika bergaduh dengan suami, terus log in laman sosial dan mula memberi kata-kata sindiran dengan niat orang lain terasa.

Tapi, wajar atau tidak untuk menjadikan media sosial sebagai diari yang ditonton awam untuk meluahkan perasaan dan masalah peribadi?

Apa-apa pun Murai MY disini sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan muda ini.

What’s your Reaction?
+1
5
+1
0
+1
9
+1
2
+1
6
+1
2
shila amzahUbai
https://lomp.at/9474a
Share1023Tweet640SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem