Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan dengan penyanyi Justin Bieber.
Punca Kematian Bekas Kekasih Justin Bieber Belum Didedahkan
Keluarga Sahara mengesahkan bahawa model itu meninggal dunia di hospital dan punca kematiannya belum didedahkan.
Pemergiannya lebih menyayat hati memandangkan Sahara baru sahaja melahirkan anak pertamanya, Snow, pada awal tahun ini.
Walau bagaimanpun, pemergiannya yang mengejutkan itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi. Segelintir laporan antarabangsa mendakwa model itu mengambil ubat dengan dos berlebihan sebelum dikejarkan ke hospital.
Untuk rekod, Sahara sebelum ini pernah berkongsi sedang bergelut dengan penyakit yang jarang berlaku. Pada tahun 2024, dia mendedahkan perjuangannya dengan sindrom Guillain-Barré, satu keadaan di mana sistem imun menyerang saraf.











