Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan untuk meninggalkan istana.
Melihat konflik adik-beradik itu, Raja Charles III akhirnya membuat keputusan untuk campur tangan dan dilaporkan sudah pun merancang penyelesaiannya.
Raja Charles III Campur Tangan Konflik Putera William-Putera Harry
Berdasarkan sumber terdekat keluarga diraja Britain, Raja England itu telah merancang untuk menjernihkan hubungan dua beradik itu dengan menyatukan mereka untuk upacara memperingati Puteri Diana.
Idea tersebut dianggap sangat sesuai dan tepat, memandangkan detik memperingati mendiang ibu mereka telah menyatukan kedua-duanya pada masa lalu.
Untuk rekod, Putera William dan Putera Harry tampil bersama membuat penampilan awam pada tahun 2021 di majlis perasmian patung Puteri Diana di Istana Kensington.
Untuk makluman, mereka berdua dilihat bersama di upacara pengurniaan ayahandanya pada Mei 2023 dan majlis pengebumian bapa saudara mereka, Lord Fellowes, pada Ogos 2024. Namun kedua-duanya tidak berinteraksi antara satu sama lain ketika itu.











