Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Selepas Anak Bongsu Pulang Dari Hospital, Anak Ke-4 Datin Shahida Pula Dijangkiti HFMD

by Naddy Joe
June 12, 2023
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas hampir dua minggu dimasukkan ke hospital,  anak bongsu kepada pasangan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, iaitu Luqman Al Hakim akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas mengalami penurunan oksigen secara mengejut kerana diserang dua virus isitu Respiratory Syncytial Infection (RSV) dan Adenovirus.

“Balik Je Rumah Yusoff Pula Kena HFMD…”

Walaubagaimanapun ujian menimpa pasangan ini lagi apabila anak keempat mereka, Yusoff Al Qardawi dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta anak kelimanya, Raudah Arshiyah yang mengalami demam menerusi perkongsian Datin Shahida di Instagram.

“Lepas sorang keluar hospital. Balik je rumah Yusoff lagi pula kena HFMD ?. Memang musim penyakit. Raudhah pula dah start demam.

Bayangkan tak dah macam nurse saya kat rumah ni. Melawat sorang-sorang dalam bilik bagi ubat ?. 3 sekali kena monitor. Pengorbanan seorang ibu.”-kongsi Datin Shahida di Instagram

Para Ibu Kongsi Petua

Di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya para ibu dilihat dilihat menitipkan doa agar anak-anak Datin Seri Shahida Datuk Seri Aliff Syukri diberikan kesembuhan, malah yang turut berkongsi petua bagi merawat penyakit HFMD yang lazimnya berlaku dalam kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun.

“Ya Allah datin pun kena rest jugak. Itulah pengorbanan seorang ibu, kita sanggup bersengkang mata sebab nak membesarkan anak, takut kita terlena badan anak panas. Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat Datin dan anak-anak cepat sembuh.”-Zarina Zainuddin

“Memang mencabar bila anak kena HFMD ni lagi-lagi kalau banyak ulser dalam mulut sampai nak telan ubat pun melalak-lalak. Bagi makan aiskrim vanila okay sikit baru boleh telan.”

“Semoga dimudahkan urusan. 3-4 hari juga la kalau HFMD. Datin beli sabun semambu. Kerapkan mandi anak.”

Sama-sama kita doakan agar keluarga Aliff dan Shahida dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan buat anak-anak mereka.

[VIDEO] "Mama Ikhlas Papa Kahwin Lain, Kalau Mama Meninggal Dunia"-Datin Shahida
datin seri shahidadatin shahidadatuk seri aliff syukri
https://lomp.at/juj7p
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Shila Amzah Restu Ibu Kahwin Duda, Akui Tak Sempat Tetapkan Tarikh Nikah Tapi Minta Jangan Hebahkan Awal

by Puteri Alia
July 15, 2025

“Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk emak saya.” Itu jawapan penuh tenang dan terbuka daripada penyanyi terkenal, Shila Amzah, ketika...

Read more
Lokal

“Awie Minta Maaf”-Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Sebagai salah seorang figura senior dalam industri hiburan, Datuk Awie tampil dengan nada damai berhubung kemelut yang melibatkan Shila Amzah...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

Noorkhiriah Diselubungi Bau Kapur Barus Ketika Memandu, Dakwa Hampir Dihalau Entiti Misteri

Cemas, panik dan menggigil lutut, itulah yang dilalui pelakon berbakat besar Noorkhiriah ketika memandu sendirian di sebuah lebuh raya di...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

Syasya Rizal Bengang Disamakan Dengan Babi, Siap Sedia Saman Netizen Biadab!

Isu video tular memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, tanpa sengaja termakan daging babi sewaktu melancong ke China masih...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Foto - @milalkunis (IG) / @eltonjohn (IG)
Hollywood

6 Selebriti Hollywood Alami Masalah Penglihatan- No.3 Buta Kerana Jangkitan

Sebilangan selebriti Hollywood mengalami pelbagai masalah penglihatan, daripada glaukoma, iritis sehingga buta sepenuhnya. Walaupun masalah penglihatan telah membataskan pergerakan mereka...

Read more
by Soph Azz
July 15, 2025
Foto - @jenniferaniston (IG)
Hollywood

7 Tahun Menjanda, Kini Jennifer Aniston Bercinta Pula Dengan Ahli Hipnoterapi

Nampaknya selepas tujuh tahun hidup bersendirian (selepas bercerai dengan Justin Theroux pada tahun 2018), aktres Jennifer Aniston kembali menjalinkan hubungan...

Read more
by Soph Azz
July 15, 2025
Foto - @tipijabrik (IG) / @bouttier_maxime (IG)
Indonesia

Sebelum Melamar Luna Maya, Individu Ini Sempat Ugut Maxime Bouttier

Aktres Indonesia, Luna Maya akhirnya telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya iaitu Maxime Bouttier. Kisah cinta mereka menjadi tumpuan...

Read more
by Soph Azz
July 15, 2025
Foto - @maiaestiantyreal (IG) / @ahmaddhaniofficial (IG)
Indonesia

Maia Estianty Dituduh Baling Remote TV Ke Ahmad Dhani- “El Saksinya”

Rasanya selagi Maia Estianty tidak buka suara atau memberi respons terhadap dakwaan Ahmad Dhani dalam video di saluran YouTubenya, "Kompilasi...

Read more
by Soph Azz
July 15, 2025
Indonesia

[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert ‘Cinta’ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari kembali mengubati rindu peminat dengan mengadakan konsert BCL: Eternal Love- Timeless Romance pada 27...

Read more
by Naddy Joe
July 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Gelagat Anak Kedua Berak Dalam ‘Pool’, Reaksi Nabil Mahir Pula Buat Netizen Terhibur!

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Aali Mateen yang terberak di dalam...

Read more
by Naddy Joe
July 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem