Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pegang Prinsip Untuk Tidak Muat Naik Apa-Apa Luahan Tidak Berasas, Aqish Akui Tak Suka Bergaduh

by Puteri Alia
June 22, 2023
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Sekiranya berlaku perbalahan di sosial media, tidak ramai akan menggunakan fakta yang betul, sebaliknya hanya berdasarkan pengalaman sendiri atau orang terdekat, serta menjadikan ia sebagai medium untuk melepaskan emosi yang tersimpan.

Disebabkan itu ramai yang suka bertelagah dan bergaduh hanya kerana isu yang dibincangkan tidak kena dengan pendapat mereka.

Ini adalah kerana, dalam dunia internet pengguna akan mengalami kekurangan deria kerana hanya terhad kepada apa yang ditulis individu itu sendiri.

Berbahas soal itu, baru-baru ini pelakon remaja, Puteri Balqis, mengundang perhatian warganet gara-gara hantaran beremosi yang didakwa ditujukan kepada pelakon lain seperti dimuat naik dalam Instagram Story (IGs), baru-baru ini.

Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish berkata, ia susulan tindakan seorang pelakon remaja sering memperlekehkannya dalam media sosial sejak sekian lama.

Biarpun tidak menyebut nama sesiapa, ada beranggapan ia ditujukan kepada pelakon remaja, Qistina Raisah.

Bagaimanapun, memetik laporan berita Puteri Balqis enggan mengiya atau menafikannya, malah hanya menegaskan tidak gemar terhadap individu sering mengamalkan sikap ‘play victim’.

Puteri Balqis berkata, ia bukanlah ditujukan kepada Qistina kerana bukan dia seorang sahaja dalam Malaysia berlakon pada usia berkenaan.

“Saya tidak tahu mengapa nama saya yang menjadi bualan, sedangkan tidak pernah memetik nama sesiapa pun.

“Setahu saya, tiada nama siapa pun disebut dalam hantaran di IGs. Jadi, saya tidak tahu mengapa seseorang perlu bercakap lebih.

“Saya juga tidak suka untuk bercakap banyak, malah lebih memilih bercakap sekali sahaja,” katanya.

Aktres yang pernah diangkat Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia Ke-19 pada 2014 itu berkata, dia bukan jenis hari ini bergaduh, esok muat naik dalam media sosial.

“Apa yang diluahkan kerana berlaku sejak dahulu lagi dan sering diulang-ulang.

“Sebenarnya, saya berpegang kepada prinsip tidak akan bersuara sehingga belum dapat dipastikan individu diperkatakan atau diperlekehkan itu adalah saya.

“Sama ada, dia sebut atau tidak nama, saya akan berdiam diri melainkan kalau sudah melampaui batas, jadi kali ini sudah mencapai tahap itu,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
[VIDEO] "Pengguna Tak Bodoh, Tak Perlu Overclaimed"- Puteri Balqis
puteri balqisqistina raisah
https://lomp.at/28azt
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem