Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Wanita Bertudung Kantoi Minum Arak Ketika ‘Live’ di TikTok, – ‘Ya Haram. Akak tahu”

by Zaidin Albert
June 30, 2023
Share on Facebook

Setiap orang mempunyai masalah yang harus diselesaikan dengan akal dan fikiran. Namun tak semua yang mampu melakukannya sehingga hanyut dan mengambil jalan penyelasaian yang tidak masuk akal.

Biarpun imej seseorang itu tidak melambangkan keperibadian mereka, namun sudah pasti ramai yang akan beranggapan apabila gadis atau wanita bertudung akan mempunyai sifat malu serta sopan.

Namun, baru-baru ini tersebar sebuah video  yang sememangnya membuat ramai netizen terkejut kerana kelihatan seorang wanita bertudung dan berbaju kurung  minum arak. Lebih membimbangkan, kelakuan wanita ini dipertontonkan secara langsung menerusi aplikasi TikTok. Video dalam pautan ini.

Dalam video tersebut, wanita ini dilihat telah meneguk tin minuman yang dipercayai minuman berkarbonat iaitu APPLE FOX CIDER. Di dalamnya tersebut dengan jelas ada 4.5% ABV. Arak. Sememangnya haram diminum kerana ia dibuat oleh kilang arak Heineken.

Sementara itu, wanita ini akui minuman itu mengandungi alkohol dan haram namun dia berterima kasih kepada penonton yang menasihatinya. Tambahnya lagi, dia sedang mengalami masalah yang berat sehingga terpaksa mengambil minuman tersebut.

“Ya Haram. akak tahu… terima kasih atas nasihat”- katanya dalam nada yang sebak

Namun ramai yang mempersoalkan tindakan wanita ini yang menyiarkan kelakuan buruk secara langsung.

“Kak, ada cara lain kalau mental breakdown ni. Bukan sempat buat live sempat borak merapu semua tu. Lebih-lebih lagi minum benda haram macam tu. Orang pepaling menangis macam nak mampos lepastu terus tido lepastu menangis lag jangan lah buat live hmmm”- tulis salah seorang netizen.

“Hah terpaling mental breakdown. Dulu masa mental aku down nak bukak fon pun tak lalu.”- tulis netizen lain

“Kalau setakat 4.5% kau minum dah mabuk Kau berhenti je lah, buat rosak liver kau la hawau Kalau nak minum tak payah nak tunjuk kat orang, Takde apa nak dibangga kan dgn benda tu”- tulis yang lain.

Tinjauan kami dapati bahawa produk ini telah mula dijual ke Malaysia sejak 2017 lagi. Minuman ini sedang giat dibuat promosi oleh pelbagai pihak non muslim sebagai minuman menyegarkan dan membawa jenama Apple Fox yang terkenal di New Zealand. Semoga pesanan ikhlas ini mendapat manfaatnya. Sama-sama saling ingat-mengingati.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Minum arak
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara