Friday, July 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

IKEA Menyambut ‘20 Years Of Damansara Lah!’ Dengan Pelbagai Tawaran Dan Aktiviti Menarik Selama Sebulan

by Aphit J.
July 23, 2023
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejarah IKEA di Malaysia bermula pada tahun 1996 dengan kedai seluas 8,000 m persegi di pusat membeli-belah 1Utama.

Tujuh tahun kemudian, IKEA berpindah ke Mutiara Damansara untuk membuka gedung pertamanya yang dikenali sebagai IKEA Damansara.

Genap 20 Tahun

Pada 14 Ogos, telah genap 20 tahun gedung ikonik itu dibuka kepada orang ramai dan IKEA Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini!

Bagi menyemarakkan sambutan ulang-tahun ke-20 IKEA Damansara, satu siri aktiviti dan tawaran yang mengujakan bakal menanti para pelanggan, bermula dari 14 Julai sehingga sambutan kemuncaknya pada 20 Ogos.

Ilham Dari Kerusi MAMMUT

via IKEA Malaysia

Pelbagai aktiviti menyeronokkan di gedung yang berilhamkan kerusi MAMMUT yang digemari ramai.

Sambutan itu dibuka tirai dengan penampilan sebuah replika gergasi kerusi kanak-kanak MAMMUT.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, kerusi tersebut yang berilhamkan komik dan merupakan sebahagian daripada rangkaian IKEA MAMMUT untuk kanak-kanak, telah membawa kegembiraan kepada ramai keluarga.

Aktiviti Seni Dan Kraf

Setiap hari, pelbagai aktiviti seni dan kraf akan disajikan khusus untuk kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan di IKEA Småland setiap hujung minggu sehingga 20 Ogos dan penyertaannya adalah percuma!

Tawaran Khas Yang Berbaloi

via IKEA Malaysia

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-20 itu, satu siri tawaran mingguan yang menarik akan ditawarkan secara eksklusif bagi ahli IKEA Family.

Tawaran itu akan dilancarkan secara berperingkat bagi barangan terpilih sahaja di IKEA Damansara dan Cheras bermula dari 14 Julai hingga 20 Ogos.

Kemuncak Pada 20 Ogos

via IKEA Malaysia

Sambutan itu akan ditutup tirai dengan acara kemuncak di IKEA Damansara pada 20 Ogos, termasuklah persembahan muzik ‘live’ dan perkusi gendang.

Malah sesi cuba rasa anjuran IKEA Food, aktiviti melukis dan mewarna, kerusi muzik dan sebagainya sepanjang hari turut diadakan.

Semua acara ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai! Jadi, jangan lupa singgah ke IKEA Damansara pada 20 Ogos untuk meraikan sambutan ulang-tahunnya yang ke-20!

Ikea
https://lomp.at/rx542
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bisnes

UNIQLO Perkukuh Komitmen Alam Sekitar Dengan Menyumbang RM200,000 Kepada Pusat Alam Sekitar Global

by Naddy Joe
July 18, 2025

Peruncit pakaian global, UNIQLO mengukuhkan komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar dengan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Pusat Alam Sekitar (GEC) untuk...

Read more
Inspirasi

“Teringin Nak Ziarah Pusara Mak & Ayah Kat Sana”- Alif Terharu Terpilih Untuk ‘Umrah 1,000 Asnaf’

Bagi Muhammad Alif Ajmal, 35, dari Kampung Pandan, berita bahawa dirinya terpilih untuk menunaikan umrah melalui kempen Umrah 1,000 Asnaf...

Read more
by Phic ARMAN
July 15, 2025
#ApaPlan

[VIDEO] ‘Pavilion Loves Sustainability’ Kembali Dengan Impak Komuniti Yang Dipertingkatkan

Pavilion REIT dengan bangganya mengumumkan kemunculan semula kempen signatur mereka, Pavilion Love Sustainability, yang berlangsung sehingga 13 Julai 2025 di...

Read more
by Naddy Joe
July 9, 2025
Inspirasi

Raja Zarith Sofiah Dedah TMJ Pernah Tak Mahu Pergi Tadika, Ketagih FIFA & Playstation Sejak Kecil

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan sisi keibuan yang penuh kelembutan dan kasih sayang menerusi sebuah nukilan menyentuh hati...

Read more
by Puteri Alia
June 30, 2025
Budaya

Keluarga Pasang Tali Penghadang Sekitar Kubur Nurly Shahirah, Dikatakan Wujud Tindakan Khurafat!

Sudah hampir tiga minggu sejak kemalangan tragis meragut nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman. Kehadiran Pengunjung...

Read more
by Aphit J.
June 29, 2025
Bisnes

UNIQLO & Taylor’s International School Puchong Jalani Kempen Kutipan Pakaian Terpakaian Untuk Belia Pelarian

Peruncit pakaian global, UNIQLO berkolaborasi dengan Taylor's International School Puchong, dalam satu outreach program yang direka untuk mencetuskan penglibatan belia...

Read more
by Naddy Joe
June 26, 2025
Inspirasi

Najwa Latif Bawa Semangat Baru ke Kampus Bersama Gardenia

Siapa sangka, Najwa Latif yang dulu dikenali dengan lagu-lagu jiwang kini tampil sebagai pensyarah yang aktif turun padang berkongsi ilmu...

Read more
by Phic ARMAN
June 13, 2025
Inspirasi

[VIDEO] Bergaya, Bijak & Berpengaruh: Kenali Ben-Jie, Anak Muda & Orang Kuat Di Sebalik Kejayaan AirAsia

Jika berminat dengan dunia korporat dan teknologi, nama Lim Ben-Jie memang patut diberi perhatian. Beliau kini merupakan Chief People Officer...

Read more
by Phic ARMAN
May 31, 2025
Inspirasi

[VIDEO] Lagu Sengau Hidupkan Karakter Ciptaan Arwah Mamat Khalid, Netizen Terharu

Sebuah video muzik berjudul Wamwamsam yang dimuat naik di YouTube oleh Luncai Emas Sdn Bhd, telah mencuri perhatian netizen apabila...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 23, 2025
Automotif

[VIDEO] PRO-NET Raikan ‘The Real e.MAS’ Sempena Hari Ibu

Sempena Hari Ibu, PRO-NET menganjurkan sebuah program gaya hidup eksklusif untuk menyerlahkan bagaimana Proton e.MAS 7 menjadi sebahagian daripada kehidupan...

Read more
by Naddy Joe
May 20, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem