Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Mulakan Perjalanan Meleleh: Agoda Umumkan Lima Destinasi Merdeka Yang Paling Popular!

by Aphit J.
August 5, 2023
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersiap sedia, penggemar makanan sekalian! Untuk meraikan Hari Kemerdekaan yang kian menjelang, platform pelancongan digital Agoda memberikan tumpuan istimewa kepada dunia kulinari Malaysia yang meriah.

Merdeka ini, marilah sertai “kegilaan meleleh” untuk meneroka kepelbagaian makanan yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

Kuala Lumpur

via Agoda

Hentian pertama, Kuala Lumpur – destinasi domestik paling popular di Agoda pada hujung minggu Merdeka yang panjang.

Bercakap tentang kebahagiaan, marilah kita “burgembira” di WhiteBurger – sebuah tempat makan yang unik dengan pemandangan yang hebat.

Kedai burger ini menyajikan burger yang enak, berlatarbelakangkan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang ikonik, menjadikannya satu tempat untuk meraikan Hari Merdeka dengan penuh bergaya.

MENGINAP: Bermalam di hab warisan Kuala Lumpur di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Jalan Petaling

Pulau Pinang

via Agoda

Pulau Pinang menduduki tempat kedua dalam senarai destinasi Merdeka yang utama.

Jamu selera anda dengan Laksa Asam Pulau Pinang yang terkenal di dunia, Char Koay Teow dan juga Rojak Pulau Pinang.

Sempena sambutan 66 ulang tahun kemerdekaan, kita juga memberi penghormatan kepada tokoh makanan tempatan yang telah mencipta hidangan kulinari yang hebat sejak berdekad lamanya.

Salah seorang tokoh tersebut adalah Uncle Guan, maestro  masakan Apom Guan yang berusia 77. Apam pisang Apom Guan terkenal sebagai penkek yang terbaik di pulau tersebut.

MENGINAP: Imbau kegemilangan zaman lampau dengan menerokai warisan Pulau Pinang yang kaya di Areca Hotel Penang, sebuah hotel warisan yang memikat hati di pusat bandar Georgetown yang bersejarah.

Melaka

via Agoda

Melaka, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan warisan pelbagai budaya, merupakan harta karun bagi penggemar makanan.

Grass Stream Kitchen – sebuah tempat makan ala-kampung telah menggegarkan laman media sosial dengan kemasyhuran Pizza Parang, yang mana piza dipotong secara unik menggunakan parang.

Agoda Raikan Dua Dekad Merapatkan Dunia Dengan Diskaun Ulang Tahun Selama Dua Minggu!

Pengalaman hidangan yang bukan konvensional ini menambahkan sentuhan keterujaan dan mesti dicuba bagi mereka yang inginkan pengembaraan kulinari yang tidak dapat dilupakan di Melaka.

MENGINAP: Bersantai di Rosa Malacca, bunga ros di antara tempat percutian warisan intim Melaka.

Kota Kinabalu

via Agoda

Terletak di kepulauan tropika Borneo, Sabah, Kota Kinabalu memikat dengan hidangan yang terhasil daripada gabungan cita rasa asli tempatan dan makanan laut yang menyelerakan.

Jamu selera dengan rasa aromatik Nasi Lemak Sabah, hidangan makanan laut yang lazat dan rasai penangan berapi Sinalau Bakas, sejenis sajian tradisional Kadazan-Dusun.

Untuk pengalaman kulinari yang benar-benar unik, terokai laluan yang jarang digunakan dan kunjungi My Native Sabah.

Restoran tempatan ini meneruskan warisan keluarga dengan menghidangkan masakan Kadazandusun yang tulen dan mempamerkan warisan kulinari Sabah yang kaya.

MENGINAP: Alamilah keindahan alam semula jadi Sabah melalui lensa The LUMA Hotel, sebuah hotel dengan rekaan kreatif yang diilhamkan dari tarikan tropika yang hebat di rantau ini.

Kuantan

via Agoda

Bersiap sedia untuk pengembaraan kulinari yang hebat di Kuantan, sebuah bandar yang meriah di pantai timur Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pelbagai masakan tradisional Melayu.

Nikmati keenakan Ikan Bakar yang terkenal, yang mana ikan telah diperap dalam adunan rempah istimewa, dan cuba Keropok Lekor, kudapan kegemaran tempatan yang digemari ramai.

Untuk pengakhiran manis yang sempurna, manjakan diri dengan citarasa Malaysia di Cendol Air Putih, di mana menu yang meluas termasuk Cendol Durian yang ikonik.

MENGINAP: Manjakan diri anda dengan kedamaian dan nikmati ketenangan di hujung minggu Merdeka yang panjang di Laman Sentosa Boutique Residence, sebuah pusat peranginan yang hebat di Kuantan.

Malaysia Kekal Menjadi Destinasi Asia Paling Popular dalam Carian Pelancong Eropah
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Agoda
https://lomp.at/odc0v
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem