[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip5, Adakah Berbaloi Jika Digantikan Dengan Z Flip4? - Murai MY
Monday, May 12, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti

    [VIDEO] Noorkhiriah Kongsi BTS Masuk Liang Lahad, Netizen Sebak!-“Kita Semua Pendosa…”

    [VIDEO] Gelagat Kak KM ‘Merempit’ Dengan Ustazah Asni Mansor, Netizen Terhibur!-“Tak Macam Ustazah Dah Ni…”

    [VIDEO] Ezzrin Loy Kongsi Momen Bertemu Tom Cruise, Rakan Selebriti Luah Rasa ‘Cemburu’-“Jangan Basuh Tangan Lagi!…”

    Fasha Sandha Terbang Ke Bali Demi Majlis Resepsi Luna Maya-“Sangat Gembira Kamu Bertemu Jodoh…”

    Shila Amzah Titip Pesanan Buat Para Ibu Bapa Selepas Anaknya Kembali Dijangkiti Kutu!

    “Macam-Macam Emosi Dia Rasa Masa Tu…”-Lisa Surihani

    [VIDEO] Shikin Maembong Kongsi Momen Tonton Wayang Bersama Bekas Suami, Curi Perhatian Netizen!

    PU Syed Bersuara Isu Amir Ahnaf Cuba Elak Babak Bersentuhan Dengan Aktres Yang Dah Berkahwin!

    “Jadi Apa-Apa Dekat Family Adik Aku, Aku Cari Korang!”-Khai Bahar

  • Jalan-Jalan

    [VIDEO] AirAsia Mahu Buka Laluan Baru Ke Riyadh & Dammam? Ini Kata Tony Fernandes

    [VIDEO] Surau Dalam Mall Paling Cantik Di Damansara? Netizen Kagum- “Rasa Nak Nangis Bila Tengok”

    Melancong Percuma Selama Setahun Dengan AirAsia? Serius, Anda Cuma Perlu Dapatkan Minuman Ini

    ‘Chef Onboard’ Turkish Airlines? Pengalaman Luar Biasa Yang Buatkan Anda Rasa Macam Tak Nak Turun

    Ramai Tak Tahu, MALAYSIA AIRLINES Ada Tempat Duduk Sehebat Ini. Serius Macam Suite Hotel!

    [VIDEO] Rezeki Tak Disangka! 1,000 Asnaf Akan Ditaja Tunai Umrah

    [VIDEO] Tak Sangka Naik Helikopter Tak Mahal! Ini Aktiviti Paling ‘Next Level’ di Melbourne, Australia

    Naik ‘Campervan’ Pusing Melbourne? Ini Real Trip Aussie! Pengalaman Sekali Seumur Hidup

    [VIDEO] Digelar Permandangan Serpihan Syurga: Beginilah Pengalaan Solat di HeHa Ocean View

  • Teknologi

    Audi Q7 S Line: Memang Luas, Siap Ada 19 Speaker Dengan ‘Valcona Leather’

    [VIDEO] Kenapa JAECOO Ambil Langkah Tukar Nama Jadi OMODA ꟾ JAECOO?

    3 Model Terbaharu Volkswagen Edisi Khas Ini Ada Ciri Yang Buat Ramai Cemburu

    Gaya Mewah, Harga ‘Win’ – Motosikal BMW Baru Ini Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

    [VIDEO] Mercedes-Benz Vision V: Bila Skrin 65 Inci Jadi Ciri Utama Sebuah Van Mewah

    [VIDEO] Nintendo Switch Dalam Kereta? Omoda 3 Bawa Pengalaman Gaming Ke Dalam Dunia Automotif

    [VIDEO]Jaecoo J5 EV Curi Tumpuan Di Auto Shanghai 2025, Jadi Tarikan Utama Di Booth Chery!

    Bolt Malaysia Rai Aidilfitri Bersama Rakan Pemandu

    [VIDEO] Bermula RM109,800… Ini 5 Hal Menarik Tentang JETOUR Dashing Yang Baru Diperkenalkan

  • Selera
  • Bisnes

    L.Soulle Skincare Korea Bersijil Halal Kini di Watsons, Disokong Selebriti Malaysia

    Fazura Disaman RM4.65 Juta! Ini 5 Fakta Yang Tersirat Di Sebalik Isu Tudung Ini

    Peluang Jana Pendapatan Bersama RIMAN Skincare Kini Di Malaysia

    ‘No Roslan Aziz No AirAsia’- Tony Fernandes

    Majoriti Ahli Affiliate Shopee Bersyukur Dapat Menyokong Keluarga Dengan Pendapatan Mereka

    “Mulakan Kecil, Kekal autentik & Teruskan Meneroka”- Khairul Aming

    Dr Syid Ayob, Kartika Wati dan Datuk Aznil bergambar bersama Guru Besar SK Seksyen 24 sebagai simbolik kerjasama dalam menjayakan karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

    Eskayvie Tangani Malnutrisi Melalui Kempen Inspirasi Generasi Masa Hadapan

    Ustazah Asma’ Harun Dilantik Oleh Jenama Terkenal Dalam Industri Kecantikan

    [VIDEO] Pereka Kasut, Christy Ng Teruja Bina Surau?

  • Filem
Murai MY

Home Teknologi

[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip5, Adakah Berbaloi Jika Digantikan Dengan Z Flip4?

by Phic ARMAN
August 17, 2023
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel Unboxing, sekarang sudah tiba masanya untuk kami kongsikan review penuh.

Samsung Galaxy Z Flip5 hadir dengan banyak penambahbaikan yang peminat telefon skrin lipat nampaknya telah lama menunggu. Agaknya bagaimana pengalaman menggunakan Galaxy Z Flip5?

Selepas pelancaran Galaxy Z Flip5 di Seoul, Korea Selatan, MURAI MY berpeluang menggunakan telefon bimbit ini untuk aktiviti harian selama kira-kira 10 hari. Berikut ialah ulasan mengenai Samsung Galaxy ZFlip 5.

Reka bentuk yang lebih ketat

Selepas beberapa generasi, Samsung akhirnya berjaya mencipta telefon skrin lipat dengan reka bentuk yang menutup rapat tanpa celah. Ya, Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 didatangkan dengan engsel baharu yang boleh menjadikan telefon ini dilipat lebih rapat.

Engsel baharu, yang dipanggil Flex Hinge, bukan sahaja menjadikan body Galaxy Z Flip5 lebih ketat tetapi juga lebih nipis. Kini ia mempunyai ketebalan 15.1 mm, lebih nipis daripada Galaxy Z Flip4 yang setebal 17.1 mm.

Nah! Bertuah kepada siapa yang dah dapatkan Galaxy Z Flip5 kerana sekarang boleh dilipat dengan ketat dan semua bahagian menjadi rata.

Tidak seperti Galaxy Z Flip4, yang lebih tebal berhampiran engsel kerana masih ada celah. Disebabkan ini, Galaxy Z Flip5 lebih sesuai apabila disimpan di dalam poket seluar, lagi-lagi yang gemar memakai seluar ketat, kurang terasa beban.

Selain daripada lipatan yang lebih ketat, Galaxy ZFlip5 juga telah menampilkan sesuatu yang diluar jangkaan iaitu skrin penutupnya yang lebih besar. Walau bagaimanapun, ciri dan reka bentuk skrin penutup ini akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

Skrin utama bersaiz 6.7 inci

Apabila dibuka Galaxy Z Flip5 akan memaparkan skrin utama bersaiz 6.7 inci. Sama seperti pendahulunya, skrin utama lebih tinggi sedikit daripada telefon bimbit biasa kita lihat, jadi bagi saya yang memiliki jari yang panjang tidak ada masalah, tapi  untuk yang jari yang pendek mungkin agak sukar untuk mencapai bahagian atas skrin.

Di atas skrin penutup terdapat dua kamera yang disusun secara mendatar dan LED flash di sebelahnya. Panel skrin dan belakang dilindungi oleh Gorilla Glass Victus 2 dan telefon ini juga mempunyai pensijilan IPX8 yang menjadikannya lebih lasak dan tahan percikan.

Disebabkan bahagian atasnya dipenuhi skrin, tiada lagi nuansa warna dwi-ton pada Galaxy ZFlip 5. Kali ini Samsung menyediakan empat pilihan warna iaitu Mint, Lavender, Graphite dan Cream.

Terima kasih kepada Samsung, kerana memberi kami unit Galaxy Z Flip5 varian warna Mint dengan warna hijau pastel yang paling digemari.

Disebabkan ia ditutup dengan kaca di bahagian hadapan dan belakang, badan Galaxy Z Flip5 terasa agak licin untuk dipegang, lebih-lebih lagi jika tangan anda banyak berpeluh. Jadi jika anda tidak mahu telefon bimbit skrin lipat yang anda beli mahal tiba-tiba jatuh kerana tangan licin, anda perlu menyediakan sarung pelindung.

Skrin penutup yang lebih luas

Hal utama yang segera menjadi perbincangan Samsung Galaxy Z Flip5, sudah tentu, skrin penutup, yang jauh lebih besar. Galaxy Z Flip5 mempunyai skrin penutup berukuran 3.4 inci, atau 1.5 inci lebih besar daripada skrin penutup untuk Galaxy Z Flip 4.

Skrin penutup ini, dipanggil Flex Window, menggunakan panel Super AMOLED dengan resolusi 720 x 748 dan refresh rate 60Hz. Bentuknya unik sedikit kerana tidak simetri dan kelihatan seperti ikon folder.

Dengan skrin penutup yang lebih besar, Galaxy Z Flip5 membuatkan kami dapat lebih memanfaatkannya apabila ditutup. Kami boleh menyesuaikan dan mengakses lebih banyak ciri, widget dan aplikasi secara bebas melalui skrin penutup ini.

Selain itu ia boleh memasang sehingga 11 widget pada skrin penutup Galaxy Z Flip5 dengan pilihan seperti kalendar, cuaca, penggera, stopwatch dan banyak lagi. Kami juga boleh mengakses notifikasi dan tetapan pantas seperti Wi-Fi, Bluetooth, Flashlight dan lain-lain.

Yang paling kami suka, terdapat aplikasi popular yang boleh diakses terus melalui skrin muka depan, seperti WhatsApp, YouTube, Netflix, Google Maps dan Google Messages. Seronok kan?

Melalui aplikasi ini, pengguna bukan sahaja terhad untuk menyemak kandungan tetapi juga berinteraksi. Sebagai contoh, dengan membuka aplikasi WhatsApp pada skrin muka depan, kami boleh segera membalas mesej menggunakan papan kekunci QWERTY penuh pada skrin, jadi pengalaman menghantar mesej masih sama seperti versi penuh aplikasi WhatsApp.

Kami juga boleh menonton kandungan YouTube dan Netflix pada skrin muka depan, walaupun saiznya yang kecil yang membuatkan kami rasa tidak puas menonton. Tak mengapa, dengan adanya akses kepada Peta Google  ia menjadi sangat cool! Terasa mudah untuk mencari lokasi dan sebagainya tanpa perlu membuka telefon bimbit.

Namun tidak semua aplikasi boleh di bawak ke skrin penutup, mungkin selepas ini kami berharap aplikasi lain seperti Telegram, Facebook dan TikTok boleh ditonton di skrin penutup.

Skrin utama dan ciri produktiviti

Beralih ke skrin utama Galaxy Z Flip5, yang pasti pengguna akan gunakan lebih kerap. Spesifikasi skrin utama masih sama seperti generasi sebelumnya, menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X 6.7 inci dengan kadar penyegaran adaptif 1-120Hz dan HDR10+.

Bezanya ialah skrin Galaxy Z Flip5 mempunyai tahap kecerahan puncak yang lebih tinggi iaitu 1,750 nits berbanding 1,200 nits pada Galaxy Z Flip4. Hasilnya dapat dilihat serta-merta kerana keterlihatan skrin di bawah terik matahari masih sangat baik.

Bercakap mengenai telefon skrin lipat pastinya tidak lengkap tanpa membincangkan lipatan pada skrin utama. Biarpun dilengkapi teknologi engsel baharu, malangnya lipatan pada skrin utama Galaxy Z Flip5 masih jelas kelihatan.

Apabila menatal pada skrin, anda masih merasakan lekukan, tetapi tidak sedalam berbanding dengan Galaxy Z Flip 4. Tetapi setelah menggunakannya dalam tempoh yang lama, kami boleh membiasakan diri dengan lipatan ini.

Mod Flex

Sebagai telefon skrin lipat, faktor bentuk Galaxy Z Flip5 membolehkan pengguna mengakses pelbagai ciri unik dengan sokongan Mod Flex. Dalam mod ini, Galaxy Z Flip5 boleh diletakkan pada sudut antara 75 dan 115 darjah. Sangat berguna untuk mengambil gambar pada sudut yang unik tanpa memerlukan tripod.

Mod Flex juga boleh digunakan untuk panggilan video, menonton video atau mencipta kandungan bebas tangan. Samsung juga menyediakan ciri Advanced Flex Mode Panel yang mempunyai pelbagai fungsi.

Untuk ciri produktiviti, ia masih terhad kepada split screen yang membolehkan pengguna membuka dua aplikasi serentak. Terdapat juga panel Edge yang boleh ditetapkan untuk memaparkan pintasan seperti yang dikehendaki, contohnya aplikasi, cuaca, peringatan, dan lain-lain.

Prestasi pantas

Galaxy Z Flip5 hanya tersedia dalam pilihan memori dalaman 256GB dan 512GB sahaja, nampaknya untuk 128GB sudah tidak tersedia. Sama seperti pendahulunya, Samsung tidak menyertakan slot microSD untuk storan tambahan pada Galaxy Z Flip5. Samsung hanya menyediakan Galaxy Z Flip5 dengan 8GB RAM, tetapi ciri RAM Plus tersedia yang boleh meningkatkan kapasiti RAM.

Secara keseluruhannya, spesifikasi ini berjaya memberikan prestasi yang lancar dan pantas pada Galaxy Z Flip5. Penukaran aplikasi boleh dilakukan tanpa sebarang halangan, malah menjalankan dua aplikasi secara serentak tidak menjadi masalah.

Bateri berkapasiti 3,700 mAh

Bagi menyokong prestasinya, Galaxy Z Flip5 dilengkapi bateri berkapasiti 3,700 mAh. Kapasiti bateri kekal tidak berubah daripada generasi sebelumnya, serta teknologi pengecasan pantas 25W yang dibenamkan.

Dengan penggunaan harian biasa dan menatal aplikasi TikTok, Instagram dengan tempoh yang lama, Galaxy Z Flip5 boleh bertahan sepanjang hari dan meninggalkan kira-kira 30% daripada bateri pada waktu malam. Mengecas bateri daripada 15% kepada penuh mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit, masa yang agak lama berbanding telefon bimbit lain yang dilengkapi dengan pengecasan super pantas.

Hasil foto

Jika anda pengguna Galaxy Z Flip 4 dan lebih fokus kan pada kualiti kamera, tidak banyak yang pembaharuan pada Galaxy Z Flip 5. Sama seperti generasi sebelumnya, Galaxy ZFlip 5 dilengkapi dengan dua kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 12 MP dan kamera ultra lebar 12 MP. Di bahagian dalam terdapat kamera selfie 10 MP.

Walaupun begitu, dengan  pembaharuan dilakukan pada saiz cover screen, pengguna boleh mengambil swafoto menggunakan kamera utama dengan skrin yang lebih besar.

Ia tidak terhenti di situ, pengguna juga boleh memilih mod foto antara foto biasa menggunakan kamera utama, foto ultra lebar, potret dan video.

Bentuk baharu Galaxy ZFlip 5 juga membolehkan pengguna mengambil foto atau video menggunakan mod Dual Preview.. Dengan mod ini, preview foto akan dipaparkan pada skrin utama dan skrin penutup secara serentak, jadi subjek foto boleh menyemak pose dan wajah mereka untuk menghasilkan foto yang lebih cantik.

FlexCam

Jangan ketinggalan mod yang telah wujud sejak generasi sebelumnya, seperti FlexCam, yang membolehkan pengguna Galaxy Z Flip 5 mengambil gambar dari sudut unik dengan hanya melaraskan sudut pembukaan skrin. Mod ini juga boleh digunakan untuk mengambil foto dan video dengan mod camcorder.

Jadi dengan banyak mod rakaman foto dan video yang ditawarkan, bagaimana pula dengan kualiti tangkapan? Secara keseluruhannya, keupayaan fotografi Galaxy Z Flip 5 sangat memuaskan.

Kesimpulan

Samsung Galaxy Z Flip5 akhirnya menjawab permintaan ramai pengguna yang inginkan telefon skrin lipat dengan skrin luaran yang lebih besar. Dengan membesarkan saiz skrin ini menghasilkan skrin penutup yang lebih berfungsi kerana anda boleh menjalankan lebih banyak widget dan aplikasi dengan lebih cepat.

Bercakap mengenai harga, ternyata sedikit lebih berbanding pendahulunya. Galaxy Z Flip5 berharga bermula dari RM4,499 (256GB), manakala Galaxy Z Flip4 sebelum ini dikeluarkan dengan harga bermula dari RM4,099 (128GB) dan RM4,399 (256GB).

Pengguna Galaxy Z Flip5 sememangnya akan mendapat memori dalaman yang lebih besar, bermula daripada 256GB. Tetapi harga itu masih lebih mahal RM100 jika dibandingkan dengan Galaxy Z Flip4 versi 256GB.

Tetapi kemudahan membuka widget aplikasi seperti Peta Google dan WhatsApp tanpa perlu membuka telefon anda benar-benar meningkatkan pengalaman menggunakan Galaxy Z Flip5. Jadi, adakah skrin luaran yang lebih besar dan jurang yang lebih ketat setimpal dengan nilai RM100 lebih tinggi?

Ketersediaan

Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 akan tersedia di Malaysia di seluruh negara mulai 18 Ogos 2023. Berikut harga yang ditawarkan dengan pilihan warna menarik seperti Mint, Lavender, Cream, Graphite. Manakala terdapat warna eksklusif dalam talian iaitu Gray, Blue, Green, Yellow.

  • Galaxy Z Flip5 (256GB)- RM4,499
  • Galaxy Z Flip5 (512GB)- RM4,999

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-pesanan, klik pautan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Flip5 sila layari: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Galaxy Z Flip5samsungSAMSUNG Galaxy Z Flip5
https://lomp.at/xzvm4
Share11Tweet7SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Macam-Macam Emosi Dia Rasa Masa Tu…”-Lisa Surihani

  2. 2

    [VIDEO] Gelagat Fattah Amin Bergambar Dengan Keluarga Amira Othman, Curi Perhatian Ramai!

  3. 3

    [FOTO] Pakaian Met Gala LISA Dikritik, Ada Unsur Menghina Tokoh Kulit Hitam

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyakat Izara Aishah, Buatkan Netizen Terhibur!-“Amboi Tokti Hahaha”

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Pak Arab Rakam Kehadiran Siti Nurhaliza Tapi Tidak Mengenalinya, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2024 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem