Kehidupan sebagai pelajar universiti bukan sekadar hadir kuliah dan menyiapkan assignment. Ada presentation, kerja berkumpulan, nota yang perlu disusun dan deadline yang kadangkala datang bertindih. Belum masuk bab nak berjimat untuk makan setiap hari!
Sebab itu, Samsung Galaxy Tab S12 Series hadir sebagai pilihan untuk membantu pelajar belajar, bekerja dan berkarya menggunakan satu peranti yang lebih fleksibel. Tetapi apa yang membuatkan tablet ini menarik untuk mahasiswa?
1. Samsung Galaxy Tab S12, Skrin Besar Untuk Study
Dengan pilihan skrin 14.6 inci dan 12.6 inci, pelajar boleh membaca nota, menyemak PDF dan menyiapkan tugasan dengan lebih selesa. Pemproses MediaTek Dimensity 9500 pula menyokong prestasi untuk pelbagai keperluan akademik.
Malah, fungsi Second Screen membolehkan tablet digunakan sebagai paparan tambahan untuk komputer riba Windows yang serasi. Jadi, kerja berkumpulan di perpustakaan pun boleh jadi lebih teratur.
2. Gemini Bantu Cari Idea, Bukan Buat Semua Kerja!
Buntu nak mula assignment? Google Gemini dan Perplexity boleh membantu menerangkan konsep yang sukar, menyusun idea dan merancang presentation.
Dengan kekunci AI pada Book Cover Keyboard, akses kepada pembantu AI menjadi lebih mudah. Namun, jangan pula bulat-bulat percaya semua jawapan AI. Semak fakta dan rujuk sumber yang sahih sebelum menghantar tugasan.
3. Samsung Galaxy Tab S12 Untuk Pelajar Kreatif
Bukan setakat mencatat nota, tablet ini turut menyokong aplikasi seperti Adobe Photoshop, Goodnotes, Notability, Notion dan LumaFusion untuk mengedit gambar, menyusun jadual serta menghasilkan video.
Nak buat content untuk assignment atau projek persatuan? Banyak perkara boleh diselesaikan tanpa perlu bertukar-tukar peranti.
4. Fail Lebih Mudah Diurus
Melalui Storage Share dan Quick Share pada peranti yang serasi, pelajar boleh mengakses atau berkongsi fail dengan lebih mudah. Kurang masa mencari dokumen, lebih banyak masa untuk menyiapkan kerja.
5. Harga Samsung Galaxy Tab S12 Dengan Tawaran Pelajar
Sehingga 31 Disember 2026, pelajar yang layak boleh mendapatkan Galaxy Tab S12+ pada harga program RM3,999.20 atau ansuran RM111.09 sebulan selama 36 bulan.
Pakej turut menawarkan Book Cover Keyboard dan S Pen percuma. Pendaftaran memerlukan Samsung Account serta pengesahan e-mel pendidikan yang sah.
Kesimpulannya, Galaxy Tab S12 Series boleh menjadi teman belajar yang praktikal, terutama bagi pelajar yang mahukan satu peranti untuk pelbagai tugasan. Cuma, sebelum membeli, kira dahulu bajet bulanan anda. Teknologi boleh memudahkan hidup, tetapi jangan sampai hujung bulan pula hidup jadi susah!














