Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Gara-Gara Berkahwin Wanita Lebih Berusia Dan Bekerjaya, Ubai Dituduh Beli Motosikal Guna Wang Isteri

by Puteri Alia
August 23, 2023
73
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui, jika si isteri bekerja dan mempunyai pendapatan tetap setiap bulan, maka si suami tiada hak ke atas duit berkenaan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini suami penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ mencuri perhatian selepas video memaparkan mereka berkunjung ke sebuah kedai menjual motosikal yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini, mengundang spekulasi netizen.

Melalui klip video itu, Ubai yang juga pempengaruh media sosial dan Shila dilihat berkunjung ke sebuah kedai menjual motosikal bagi membeli kenderaan dua roda itu.

Antara lain, melalui klip video itu, Ubai dirakam menyebut:

“Hai, Assalamualaikum. Tadi saya solat Jumaat. Saya cakaplah kalau ada motorsikal ‘best’, boleh solat Jumaat (tunggang motosikal ke masjid).

“Selepas itu, orang belakang (merujuk kepada Shila) cakap, cari motorsikal.”

Melihat perkongsian itu, netizen kurang senang sehingga ada yang mendakwa Sheila mengeluarkan wang membeli motosikal untuk suaminya.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan dilemparkan, Ubai atau nama penuh, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tampil menjelaskan motosikal itu dibeli dengan wang sendiri.

“Saya beli motosikal ini guna duit sendiri… Harap maklum,” katanya.

Tidak cukup itu, Shila memberi kenyataan balas selepas ada peminat menuduh Ubai menggunakan wang isteri untuk membeli motosikal terbabit.

“Masalahnya, ‘benda’ (motosikal) dia, duit Ubai… Kenapa orang selalu anggap semua guna duit saya?

“Oh lupa, duit suami, memang duit isteri. Kalau itu maksud kalian, Sha terima dengan hati dan tangan terbuka,” balasnya.

Pada masa sama, segelintir pengikut Ubai mempertahankan dirinya yang didakwa mampu membeli memiliki motosikal jenama Honda Vario 160 Limited Edition kerana memiliki pendapatan sendiri.

Ubai dan Shila melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos lalu.

"Terima Kasih Kerana Sentiasa Membuat Kami Bangga!" - Kemunculan Shila Amzah Di Beijing Raih Pujian Warganet

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun, ikatan perkahwinan mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan itu, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang berusia empat tahun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
shila amzahUbai
https://lomp.at/duddk
Share29Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem