Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Perjuangan Rock Jinbara Belum Tamat! Kali Ini Bawa Peminat Bersama Nukilan M.Nasir

by Aphit J.
August 26, 2023
Share on Facebook

Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru.

Projek Rakaman Khas

Single terbaru yang berjudul “Kurniaku Terindah” adalah terbitan di bawah Luncai Emas Sdn Bhd.

Penerbitan single ini adalah satu projek rakaman khas Jinbara bersama Luncai Emas bagi terus mengukir nama di dalam industri muzik rock.

Sebagai Kumpulan rock yang telah menghasilkan lagu-lagu popular seperti “Kasihnya Laila,” “Farhana, “Cinta Pandai Merdeka,” dan “Patri,” Jinbara merasakan bahawa “Kurniaku Terindah” adalah pencapaian baru buat mereka.

Hasil Ciptaan M.Nasir

via Luncai Emas

Malah kumpulan ini juga berasa bersyukur kerana dapat membawakan lagu hasil ciptaan Dato’ M.Nasir.

Ini suatu kehormatan besar dan rasa bersyukur kerana kami diberikan kepercayaan untuk membawakan lagu hasil ciptaan Dato’ M.Nasir.

Single baru ini memberikan satu erti apabila kita masih lagi bernafas hingga hari ini , diberikan kesihatan yang baik , maka itulah kurnia terindah dari Maha Esa

Bagi proses rakaman single ini, semuanya telah berjalan dengan lancar sebelum menerima berita duka pemergian Allahyarham Tony Iskandar pada 30 Jun 2021 (bekas pemain bass kumpulan Spider).

Allahyarham merupakan pencetus utama dalam penerbitan single ‘Kurniaku Terindah’ ini dan tugas sebagai Produser lagu diambil alih oleh Hanafi Spider.

Mengadakan Showcase Untuk Peminat

Dalam usaha untuk terus berinteraksi dengan peminat setia, Jinbara juga akan mengadakan Showcase “Rock Untuk Rakyat” pada 30 Ogos 2023 jam 9 malam di Grand Sabak @ Leypark Station.

Topik Berkaitan Respons Sinis Dato' M. Nasir Di Threads DMA Islam Jadi Bualan- "Dato' Jadi Naga Baru Tau"

Tiket boleh didapati dengan menghubungi talian 019-933 4021.

Sebuah video lirik “Kurniaku Terindah” telah dilancarkan pada 18 Ogos 2023 melalui saluran YouTube Luncai Emas.

Anda juga boleh menikmati audio rasmi di semua platform digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan muat turun di Itunes Store.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Jinbaram nasir
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  5. 5

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara