Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Selebriti & Influencer Pilihan Miss Murai Yang Paling Bergaya Di KLFW 2023

by Soph Azz
August 28, 2023
Foto - Instagram

Foto - Instagram

Share on Facebook

Berlangsung selama tujuh hari (21-27 Ogos 2023), KLFW 2023 telah diadakan di beberapa lokasi yang berbeza dan bukan seperti sebelum ini iaitu di Pavilion Kuala Lumpur.

Kembalinya pesta fesyen tahunan kali ini membuatkan Miss Murai teruja melihat penampilan para selebriti dan influencer yang hadir meraikan serta memberi sokongan pada pereka fesyen kegemaran masing-masing.

Kalau kamu nak tahu, mereka yang hadir ke KLFW 2023 ini telah tampil menggayakan busana yang serba mewah dan unik dengan solekan yang on point.

Dalam entri kali ini, Miss Murai senaraikan 10 selebriti dan influencer yang paling bergaya serta menarik perhatian sepanjang KLFW 2023 berlangsung;

#1 Fazura 

Foto – @missfazura (IG)

Hadir memberikan sokongan pada pereka Zaim Zulkafli, Fazura telah menyarungkan busana berona biru dengan perincian pointed shoulder dan cetakan bunga di bahagian skirt. Busana tersebut merupakan salah satu koleksi “Perjalanan” untuk musim bunga/panas 2023 pereka tersebut.

#2 Azfar Heri 

Foto – @azfarheri (IG)

Muncul dengan busana serba hitam, influencer Azfar Heri tampil membawa keris untuk show Zachrin Jaafars yang dipadankan dengan baju hitam yang diperincikan dengan bunga jacquard 3D. Manakala untuk show Masyadi Mansoor, Azfar menyarungkan cropped puff jacket yang dipadankan dengan tali leher Prada. Dan untuk show Behati pula, Azfar mengenakan busana oversized yang dipadukan bersama tengkolok silver.

#3 Aina Abdul 

Foto – @ainaabdul (IG)

Tampil unik dan extravaganza untuk show Abu Shaef Hamza, Aina mengenakan busana hitam yang diperincikan dengan bulu pelepah di bahagian atas badannya dan sekitar leher. Busananya itu telah direka oleh Salleh Hamid.

#4 Daiyan Trisha 

Foto – @firstclassemalaysia / @daiyantrisha (IG)

Simple tetapi masih on point, penyanyi Daiyan Trisha pula mengenakan sleeveless cropped top berlabuci yang dipadankan bersama pleated berona lilac yang dilapisi di atas skirIt kuning yang dicetak bunga dan labuci.

#5 Wany Hasrita 

Foto – @wanyhasrita (IG)

Untuk show Rizman Ruzaini, Wany Hasrita memilih sut monogram Rizman Ruzaini yang berona maroon. Manakala untuk show Behati pula, Wany menggayakan dress pleated yang diperincikan dengan sequin dalam rona silver.

#6 Nazreem Musa 

Foto – @nazreemmusa (IG)

Tampil bergaya untuk show Masyadi Mansoor, abang kepada Umi Nazeera ini memilih untuk menggayakan puff oversized jacket cetakan ular. Look Nazreem dilengkapkan dengan drippy sunglasses dan gaya rambut French Braided Pigtails. 

#7 Marion Caunter

Foto – @marioncaunter (IG)

Menyerlah dalam busana Rizman Ruzaini, Marion mengenakan dress hitam milik pereka fesyen duo tersebut. Menariknya, dress tersebut diperincikan dengan rhinestone mesh head wrap.

#8 Dato Seri Vida 

Foto – @azfarheri / @datoserivida (IG)

Kalau lihat gaya Dato Seri Vida, teringat look Aina Abdul untuk Behati di KLFW 2022 kan?

#9 Rozita Che Wan 

Foto – @rozitachewan1 (IG)

Tak mahu kalah, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta ini sentiasa tampil menggayakan busana yang ‘over’ dan lain daripada yang lain. Untuk show Abu Shaef Hazma, Che Ta memilih busana bulu pelepah dan untuk show Rizman Ruzaini pula adalah fur coat berona pink.

#10 Nurida Suraya & Rizman 

Foto – @firstclassemalaysia / @nuridasuraya (IG)

Yang terakhir adalah pasangan Rizman-Nurida Suraya. Bagi Miss Murai, look yang dikenakan oleh Nurida sangat menarik. Lihat saja perincian di bahagian lengan dan mesh head wrap, gabungan yang menyerikan lagi penampilannya!

Kongsikan dengan Miss Murai, look mana yang menarik perhatian kamu?

Aina Abdul Cipta Sejarah Sendiri, Dipilih Nyanyi Lagu Rasmi ASEAN Summit 2025
aina abdulfesyen selebriti klfwklfw 2023kuala lumpur fashion week
https://lomp.at/crgk7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara