Monday, April 29, 2024

Syafinaz Selamat Ulas Barisan Peserta GV10,- “Mereka Ini Ibarat Chef Dengan Michelin Star “

118
KONGSIAN

GURU vokal dan penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat memberi ulasan tentang pemilihan barisan peserta Gegar Vaganza (GV)  musim ke-10 tahun ini. Ketika sidang media pengumuman perserta GV10 sebentar tadi, Syafinaz berkata perserta kali ini ibarat kesemuanya seperti  Michelin Star Chef yang mempunyai rasa masakan yang berbeza.

Malah Syafinaz menjangkakan Gegar Vaganza (GV)  musim ke-10 bakal menjadi pertandingan yang paling sengit dan para juri akan jadi lebih seronok.

“Jangkaan saya adalah… macam biasalah inginkan yang terbaik. Dan seperti yang kita boleh lihat, mereka ini kalau kita bandingkan seolah-olah seperti barisan chef terkenal, Michelin Star Chef. Masakan mereka memang semua sedap-sedap! Jadi kita kena tengok bukan pada rasa sahaja, tapi ada rupa, persembahan, teknik. Saya rasa ia akan menjadi sangat menarik.

“Saya menjangkakan pertandingan ini bakal menjadi paling sengit dan ini akan membuatkan kami sebagai juri menjadi lebih seronok” – katanya.

Kali ini nama-nama besar yang bakal berentap adalah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Hardy Mirza, Naqiu, Cliff Umar, Alif Aziz  dan Jaclyn Victor.

Bawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000

Juara kali ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 berserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama 12 minggu bermula 24 September 2023 di Auditorium MBSA, Shah Alam.
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI