Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Kenali Siapa Anak Raja Thailand, Puteri Yang Sukakan Fesyen & Aktif Bersukan

by Soph Azz
September 1, 2023
Foto - Wikipedia

Foto - Wikipedia

Share on Facebook

Sangat merendah diri dan mesra rakyat tau!

Kalau kamu pergi ke Thailand, cuba tanya pada rakyatnya tentang puteri raja negara itu. Pasti ramai yang akan puji sikap Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya.

Walaupun dikenali sebagai anak Raja Maha Vajiralongkorn, puteri ini tidak pernah mengabaikan rakyatnya. Malah keprihatinan danpada bakatnya menjadi inspirasi kepada setiap orang terutamanya golongan wanita.

Latar Belakang

Untuk pengetahuan kamu, Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya adalah puteri sulung diraja hasil perkahwinan antara Raja Maha Vajiralongkorn dan isteri keduanya, Sujarinee Vivacharawongse.

View this post on Instagram

A post shared by ?HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI? (@welove_sirivannavari)

Tak mahu status sebagai puteri diraja menjadi penghalang untuknya, Puteri Sirivannavari lebih suka menjalani kehidupan yang biasa dan mendekati rakyatnya. Malah apa yang membuatkan Miss Murai tertarik dengannya, puteri ini suka berfesyen dan aktif bersukan tau!

Puteri Yang Aktif Bersukan 

Sekadar info, Puteri Sirivannavari ini pernah menceburi sukan badminton dan memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 2005.

View this post on Instagram

A post shared by ?HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI? (@welove_sirivannavari)

Bukan itu sahaja, Puteri Thailand ini juga pernah mewakili negaranya dalam sukan ekuestrian. Tuah menjadi miliknya, Puteri Sirivannavari berjaya meraih pingat dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Sekadar hobi biasa, puteri ini juga gemar menunggang basikal.

View this post on Instagram

A post shared by ?HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI? (@welove_sirivannavari)

Pernah Adakan Pertunjukan Fesyen Sendiri 

Selain daripada aktif dalam bidang sukan, Puteri Sirivannavari sangat gemar akan pakaian dan fesyen. Sehinggakan puteri ini berjaya memiliki jenama fesyen sendiri iaitu Sirivannavari.

View this post on Instagram

A post shared by SIRIVANNAVARI (@sirivannavari_shop)

Disebabkan oleh itu, puteri diraja Thailand ini acap kali dijemput ke pertunjukan fesyen jenama mewah seperti Louis Vuitton, Chanel, Balmain dan banyak lagi.

View this post on Instagram

A post shared by ?HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI? (@welove_sirivannavari)

Pada masa yang sama, Puteri Sirivannavari juga pernah lakukan pertunjukan fesyen jenamanya sendiri pada 2021. Berkat minatnya terhadap fesyen, puteri ini sering ‘dilamar’ untuk menjadi wajah depan majalah terkenal iaitu Vogue dan Thailand Tatler.

View this post on Instagram

A post shared by ?HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI? (@welove_sirivannavari)

Psst… Selain suka bersukan dan berfesyen, Puteri Sirivannavari juga miliki bakat melukis dan menjadi aktivis hidupan laut. Hebat kan?

Puteri Sirivannavariputeri thailandraja maha vajiralongkornRaja Thailandsirivannavari
https://lomp.at/unf1k
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara