Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

Kerana Cinta, Kerabat Diraja Ini Sanggup Lepaskan Tahkta & Gelaran

by Soph Azz
September 12, 2023
Foto - Brides

Foto - Brides

54
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak semuanya indah dan mudah apabila dilahirkan sebagai seorang ahli kerabat diraja. Walaupun ada banyak kelebihannya, mereka perlu hidup dalam tanggungjawab dan protokol yang mencabar.

Sekiranya mereka ingin menjalinkan hubungan atau berkahwin, ahli kerabat diraja ini perlu memilih pasangan daripada lingkungan mereka sendiri atau setaraf dengannya. Tetapi jika mereka jatuh cinta dengan rakyat biasa, mereka terpaksa memilih sama ada kehidupan diraja mereka atau melepaskannya.

Ada yang tak sanggup dan ada juga yang sanggup melepaskan gelaran diraja mereka atas nama cinta seperti:

1. Puteri Nori (Jepun)

Mengahwini kekasih yang dikenali sejak kecil iaitu Yoshiki Kuroda, Puteri Nori (Sayako Kuroda) terpaksa melepaskan gelaran dan kelebihan keluarga diraja Jepun.

Foto – Pinterest

Ketika meninggalkan istana, Sayako hanya mengambil sebuah meja, almari dan wang bayaran daripada kerajaan sebagai peralihan hidupnya sebagai rakyat biasa.

2. Puteri Mako (Jepun)

Selepas mengumumkan pertunangan dengan Kei Komura, Puteri Makoperlu melepaskan tahkta yang bakal diwarisinya (bapanya berada di kedudukan kedua pewaris tahkta Jepun).

Foto – Pinterest

Puteri Mako yang akhirnya berkahwin dan berpindah ke New York bagi menjalani kehidupan sebagai orang biasa.

3. Putera Friso (Belanda) 

Putera Friso atau nama penuhnya Johan Friso Bernhard Christiaan David, telah hilang kelayakannya untuk menjadi raja Belanda yang seterusnya selepas mengambil keputusan untuk mengahwini wanita biasa.

Foto – Pinterest

Selepas dikenalkan oleh adiknya di Brussels, Putera Friso berkahwin dengan Mabeel Wisse Mitt pada tahun 2004. Pada 17/2/2012, Putera Friso dikhabarkan telah koma selepas ditimpa kemalangan ketika bermain ski di Australia. 18 bulan kemudian, Putera Frisco disahkan meninggal dunia akibat beberapa komplikasi.

4. Puteri Ubolratana (Thailand)

Anak sulung Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit iaitu Puteri Ubolratana terpaksa melepaskan gelaran dirajanya selepas berkahwin dengan Peter Ladd Jensen. Pasangan yang dikurniakan 3 orang anak ini akhirnya berpisah dan Puteri Ubolratana kembali ke Thailand.

Foto – Pinterest

Pada tahun 2004, tsunami melanda Thailand dan anak kedua puteri ini yang alami autistik telah maut. Sejak daripada itu, Puteri Ubolratana menubuhkan yayasan kanak-kanak autisme dan masalah pembelajaran.

5. Putera Philip (Greece & Denmark) 

Foto – Pinterest

Demi meneruskan hasrat untuk mengahwini kekasihnya iaitu Ratu Elizabeth II yang pernah memegang jawatan Ratu United Kingdom; Putera Philips dengan mudah melepaskan haknya sebagai pewaris kepada dua tahkta. Untuk pengetahuan kamu, Putera Philip telah dilahirkan sebagai putera Greece dan Denmark.

6. Putera Lennart Bernadotte (Sweden)

Telah menimbulkan kekecohan pada tahun 1932, perkahwinan Putera Lennart Bernadotte dan kekasihnya, Karin Nissavandt tidak mendapat restu daripada ibunya dan kebenaran diraja.

Foto – Pinterest

Disebabkan oleh itu, mereka terpaksa ke London untuk melangsungkan perkahwinan. Putera Lennart menganggap Mahkamah Diraja Sweden telah memberikan layanan yang kejam kerana perkahwinannya. Manakala Karin pula mengalami masalah mental iaitu psikosis yang akhirnya membuatkan pasangan ini berpisah pada 1971.

Tak kiralah orang biasa atau kerabat diraja, kalau demi cinta semuanya sanggup kan?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
Putera Philipputeri makorakyat biasa kahwin kerabat diraja
https://lomp.at/viwvq
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem