Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Engku Emran Kesal Banyak Fitnah Yang Timbul Selepas Bercerai Buat Kali Ke-3-“Saya Bukan Nabi…”

by Naddy Joe
September 27, 2023
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui ahli perniagaan yang juga bekas suami kepada usahawan selebriti, Noor Nabila iaitu Engku Emran telah sah bercerai talak satu pada Isnin selepas mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

Kesal Dengan Fitnah Yang Timbul Selepas Bercerai

Walaubagaimanapun, Engku Emran menerusi Insta Stories berkongsi tangkap layar perbualannya bersama rakan rapatnya, Ustaz Rosli yang meluahkan rasa kesal terhadap fitnah yang bertebaran mengenai penceraiannya buat kali ketiga.

“Fitnah-fitnah yang bertebaran tentang penceraian kali ketiga ini betul-betul menguji kesabaran saya.”-tulis Engku Emran

“Saya Kesian Pada Ayah & Anak Saya…”

Mengakui dirinya bukanlah seorang Nabi, Engku Emran akui rasa kasihan melihat bapa serta anak perempuannya, Engku Aleesya terpaksa berhadapan dengan kontroversi penceraiannya itu.

“Tapi itulah saya bukan Nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ni.

Saya sendiri boleh telan semua tu tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat mereka pun mungkin terasa malu juga.”-tambah Engku Emran lagi

Dinasihati Berdiam Diri & Sibukkan Diri Dengan Hal Agama

Dalam pada itu, ahli perniagaan ini turut dinasihati oleh rakannya untuk berdiam diri dan banyak melibatkan diri dengan hal-hal agama seperti membaca Al-Quran, menunaikan solat sunat, berzikir, berdoa, serta taalim.

“Allah janji untuk bantu orang yang bantu agama Allah serta keluarganya. Kita sibukkan diri dan keluarga dengan kesibukan agama. Sibukkan dengan Al-Quran, solat sunat, zikir, doa, taalim. Cerita serta muzakarah iman yakin/ agama.”

Sekadar info, Noor Nabila dan Engku Emran telah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin setelah mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nabila, Engku Emran pernah berkahwin dengan aktres dan penyanyi iaitu Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Ahli perniagaan ini juga pernah berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Selain itu, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
engku emran
https://lomp.at/bmmkj
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem