Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Menakutkan! Tetamu Lari Lintang-Pukang Ketika Kebakaran Di Majlis Perkahwinan Di Iraq

by Naddy Joe
September 29, 2023
Share on Facebook

Majlis perkahwinan yang sepetutnya berakhir dengan kegembiraan bertukar menjadi tragedi selepas berlaku kebakaran di sebuah dewan perkahwinan yang dihadiri 1,300 tetamu di Qaraqosh, Utara Iraq, pada Selasa sehingga meragut nyawa lebih 100 orang serta kecederaan kepada lebih 150 orang dipercayai berpunca daripada penggunaan bunga api dan mercun.

via BBC

Dipetik dari laporan CNN, pasangan pengantin, Rivan Esho dan Haneen masih hidup dan berada di hospital untuk mendapatkan rawatan. Manakala, mangsa yang terselamat dari kebakaran dipindahkan ke sebuah hospital di Nineveh dan wilayah Kurdistan yang berdekatan.

Bapa Pengantin Mahu Pemilik Dewan Pikul Tanggungjawab

via BBC

Bapa kepada pengantin lelaki turut mahu pemilik dewan berkenaan untuk bertanggungjawab terhadap tragedi kebakaran yang berlaku pada majlis perkahwinan anak lelakinya.

“Saya anggap pemilik dewan bertanggungjawab atas apa yang berlaku di parti itu kerana tiada alat pemadam api serta langkah keselamatan di dalam dewan.”-Kata bapa pengantin lelaki

Dalam pada itu, menerusi video yang tular di media sosial, turut memaparkan saat sebelum kebakaran menunjukkan kepingan panel terbakar dan tertanggal dari siling dewan menyebabkan para tetamu keliahatan panik dan berlari lintang-pukangketika sambutan majlis tersebut di daerah Hamdaniya, wilayah Nineveh.

Gila. 100 orang mati terbakar masa wedding. Kawan kawan photographer/videographer, sebelum nak shoot tu jeling jeling la sikit kat mana exit terdekat dgn korang.

Drone operator pun boleh tahan jugak punya lama dia stay in flight pic.twitter.com/lSYauAMsdX

— Café Clope Caca (@kekhalid) September 29, 2023

Media antarabangsa turut melaporkan bahawa bangunan yang menjadi lokasi majlis perkahwinan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar dan melanggar ‘piawaian keselamatan’.

Salam takziah buat semua keluarga bagi mereka yang terkorban dalam tragedi yang sangat menyayat hati. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan yang beriman..

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kebakaran di majls perkahwinan di iraq
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara