Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kongsi Gambar Didukung Hafidz Roshdi, Shuhada Dituduh Masih Tak Boleh “Move On” Dengan Bekas Suami

by Puteri Alia
October 17, 2023
Share on Facebook

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dikecam pengikut Instagram (IG) apabila berkongsi foto menampakkan dirinya didukung jejaka yang ditutup wajah dengan emoji, dipercayai bekas suaminya itu.

Nurul Shuhada yang juga usahawan menawarkan pelbagai jenis barangan, berkongsi hantaran itu dipercayai bagi mempromosikan produk kurus.

Rata-rata pengikut IG meninggalkan komen tidak bersetuju dengan tindakan Nurul Shuhada memaparkan foto terbabit, malah, ada yang mendakwa ibu tunggal yang memiliki dua cahaya mata itu masih belum ‘move on’ selepas berpisah dengan Hafidz.

Pengikut IG mendakwa banyak lagi gambar yang boleh digunakan untuk menunjukkan perbezaan berat badannya. Bagi mereka, tiada keperluan untuk dia memuat naik foto bersama Hafidz.

Tidak berdiam diri, Nurul Shuhada membalas komen ditinggalkan dan memaafkan pengikut terbabit jika tuduhan itu berbaur fitnah.

“Jika apa yang awak cakap ini, jatuh fitnah ke atas saya, fitnah saya tak berdamai dengan takdir, fitnah saya berdendam… Macam mana nanti awak hendak tenang dalam kehidupan?

“Awak nak masuk syurga? Tidak mengapa, saya maafkan awak,” katanya.

Sebelum ini, Nurul Shuhada pernah dikecam dan dianggap tidak ‘move on’ apabila berkongsi video memasak sambal sotong yang dikatakan juadah kegemaran bekas suami.

Pada 27 Julai lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam memutuskan lafaz cerai talak satu Hafidz terhadap Nurul Shuhada secara lisan pada 22 Februari lalu sah dan mengikut hukum syarak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2.

Hafidz Roshdi Luah Rindu Pilu, Dua Tahun Tidak Bertemu Anak
hafidz roshdinurul shuhada mat shukri
https://lomp.at/b2o04
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
Lokal

Ika Nabella Pernah Diajak ‘Dating’ Dengan Produser Untuk Dapat Watak Heroin Drama

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Ika Nabella turut mendedahkan sisi gelap industri seni sepanjang dirinya bergelar pelakon selepas tular hantaran Adriana Adnan yang pernah...

Read moreDetails
Foto - @beto_kusyairy (IG)
Lokal

Beto Kusyairy Gesa Individu Segera Langsaikan Hutang- “Janjinya Esok Lusa Langsai”

by Nurul A.
January 12, 2026

Ramai yang terkejut selepas pelakon versatil, Beto Kusyairy tampil memberi teguran secara terbuka kepada individu yang masih gagal melunaskan hutang....

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore