Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan pertunjuk arah kiblat bagi umat islam diserata dunia. Tidak sah solat seseorang muslim sekiranya dia tidak menghadapkan muka ke arahnya dan tidak sah juga ibadah umrah serta haji seseorang jika dia tidak mengelilingi Kaabah.
Nikmat untuk melihat Kaabah adalah nikmat yang terbesar bagi setiap muslim, kerana tidak kesemua muslim berpeluang melihat Kaabah secara dekat dengan matanya atas dasar ekonomi dan kesihatan diri serta kebanyakkan dari mereka hanya mampu untuk melihat di dalam gambar, telefon bimbit dan kaca televisyen sahaja.
Kejadian untuk tidak dapat melihat Kaabah telah banyak diceritakan kepada kita untuk diambil sebagai iktibar atas ujian yang diberikan Allah S.W.T. Dikatakan dahulu, sekiranya seseorang itu mengamalkan ilmu hitam maka dia tidak akan dapat melihat Kaabah secara langsung sebelum memohon ampun dan diampunkan Allah S.W.T.
Ada juga yang mengatakan bahawa di sana Allah S.W.T membayar amalan seseorang itu secara tunai dan membuatkan ramai muslim yang takut dan gentar serta fikir berkali-kali sebelum mengambil keputusan untuk pergi membuat ibadah umrah dan haji di sana. Dikatakan niat seseorang itu, mempengaruhi ibadahnya disana. Sekiranya dia menganggap bahawa pergi ke Mekkah hanya sekadar melancong bukan atas dasar ingin melakukan ibadat maka pengalaman melancong sahaja yang didapatinya dan dia tidak dapat merasakan kemanisan keimanan serta penyesalan atas dosa yang dilakukan selama ini apabila berada di sana.
Kisah Pengalaman Tidak Dapat Melihat Kaabah Serata Dunia Termasuk Dari Malaysia!
Baru-baru ini, di tanah suci Mekkah dikejutkan oleh seorang wanita yang meraung ketakutan kerana dikatakan bahawa dia tidak dapat melihat Kaabah. Dikatakan bahawa wanita tersebut mengamalkan beberapa ilmu yang tidak sepatutnya diamalkan oleh seseorang muslim. Video tersebut telah berkeliaran di laman-laman media sosial yang ada terutamanya di facebook dan tiktok.
Ada juga yang berkongsikan mengenai yang terjadi itu adalah benar dan mereka juga pernah melihat orang terdekat dengan mereka yang mengalami perkara sama. Dikatakan bahawa seorang lelaki yang pergi ke Mekkah tidak dapat melihat Kaabah, apabila ditanya oleh mutawif secara keinsafan, lelaki tersebut mengatakan bahawa dia menggunakan harta anak yatim untuk ke sana.
Tambah pula ada yang berkongsikan pada tahun 2013 mengenai satu keluarga dari Malaysia, seorang VVIP yang mempunyai banyak wang, harta dan berkali-kali dia dan keluarganya membuat solat taubat kerana tidak dapat melihat Kaabah. Selain itu, dia juga pergi pada musim sejuk namun terasa cuaca panas seperti biasa. Apabila diselidik rupa-rupanya dia bercakap besar dan meninggikan diri dengan mutawif yang ada disitu kerana mempunyai banyak harta.
Tambah individu yang menceritakan itu lagi, keluarga VVIP tersebut melakukan sebanyak hampir 10 kali solat taubat serta dimandikan air yasin oleh pasukan mutawif kemudian apabila mereka dapat melihat Kaabah semula, meraung-raung menangis keluarga tersebut.
Ada juga kisah dari Malaysia dimana seorang wanita berumur pergi menunaikan umrah dengan rakannya, namun rakannya itu sempat mengatakan bahawa ‘pergi ke Mekkah sama seperti pergi ke Singapura sahaja’. Setibanya mereka di sana, wanita berumur tersebut bersyukur kerana melihat kaabah namun rakannya tersebut tidak dapat melihat Kaabah oleh kerana kata-kata yang dilemparkan sebelum tiba itu.
ditanya sekiranya dia tidak nampak Kaabah apa yang dilihatnya, maka rakannya itu menjawab tempat sepatutnya ada Kaabah itu mempunyai lubang yang besar dan melihat orang ramai berpusing mengelilingi lubang tersebut.
Tidak Nampak Kaabah, Keimanan Makin Tinggi? Bagaimana Boleh Begitu? Ini Sebabnya!
Allah S.W.T adalah satu-satunya tuhan yang Maha Pengasih, Maha Pengampun serta Maha Penyayang. Wajarkah Allah telah menjemput hambanya untuk ke rumahnya kemudian memberi seksaan dan ujian-ujian lain yang paling ditakuti ramai? itu adalah perkara yang tidak benar sama sekali, bahkan perkara tersebut merupakan tanda kasih sayang Allah terhadap seseorang itu yang tidak diberikan kepada orang lain.
Dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu tidak dapat melihat Kaabah serta dapat ujian ketika disana, itu kerana Allah S.W.T ingin meningkatkan keimanannya. Contohnya, seseorang individu akan meminta ampun berkali-kali, melakukan solat taubat berkali-kali dan penyesalan atas apa yang dia telah lakukan sebelum ini dan tidak akan kembali melakukan kemungkaran tersebut lagi.
Maka Allah telah selamatkan seseorang itu dari melakukan dosa yang tanpa disedarinya dengan ujian-ujian tersebut. Meratap meminta ampun, dan mempunyai pengalaman untuk tidak dapat melihat Kaabah dan ujian-ujian lain dapat mengubah secara 360 darjah seseorang itu dari sifat-sifat yang tidak elok.
Malah keimanan individu tersebut yang dapat merasakan ujian serta pengalaman untuk tidak dapat melihat Kaabah meningkat lebih dari individu lain. Jadi apabila mereka pulang ke tanah air masing-masing, pengalaman ujian tersebut membuatkan mereka membuka mata hati untuk tidak melakukan dosa-dosa yang sebelum ini dan ingin diri mereka menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Jadi siapakah individu yang paling beruntung? pergi kesana dapat ujian atau pergi kesana tidak diuji?
Jawapannya adalah, diuji atau tidak sekiranya pulang dengan keinsafan dan berazam ingin berubah kedua-duanya adalah insan yang beruntung kerana telah ditulis namanya untuk menjadi tetamu Allah yang pulang membawa suatu ganjaran yang besar.
Jadi siapakah yang tidak beruntung? insan yang tidak beruntung adalah mereka yang pergi ke sana hanya kerana ingin dipuji oleh orang sekeliling, namun tidak diuji langsung, tidak menimbulkan sebarang rasa keinsafan bahkan tidak berubah sedikit pun serta masih melakukan dosa yang sama serta tidak merasa malu sedikit pun apabila melakukan dosa tersebut.
Apa-apa pun, sebagai umat islam, pasti mengetahui bahawa kehidupan di dunia hanyalah sebagai tempat singgah yang sementara, dimana suatu hari nanti kita akan meninggalkan tempat ini dan pulang ke tempat tinggal yang kekal abadi di akhirat. Masih panjang perjalanan selepas kematian, masih banyak ujian dan seksaan yang bakal diterima seseorang jika tidak beramal soleh di dunia ini serta leka dengan permainan dan sandiwara dunia.
Berapa ramai insan yang telah meninggal dunia ingin dikembalikan di dunia bukan kerana harta mereka namun kerana ingin memperbanyakkan amalan supaya tenang dan tidak diseksa setelah meninggal dunia, akan tetapi mereka tidak berpeluang lagi untuk melakukan hal tersebut. Jadi, bagi kita yang masih berpeluang untuk hidup di dunia ini, kumpullah amal sebanyak mungkin, carilah keberkatan Allah dalam kehidupan dan berdoalah sebanyak mungkin agar kita diberi kesenangan bukan hanya di dunia bahkan di akhirat juga.
“BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT!”
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.