Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Ini Adalah 3 Ilmu Yang Hukumnya Berdosa Jika Umat Islam Tidak Mempelajarinya, Tidak Kira Usia!

by Jash Lee
November 7, 2023
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebagai umat islam yang mukallaf (Baligh), wajib untuk memperlajari 3 ilmu fardhu ain dan mengamalkannya dan jatuh hukum berdosa jika tidak mahu memperlajarinya serta mengamalkannya. Tidak kira yang muda atau sudah lanjut usia, jika telah baligh maka wajib untuk mempelajarinya tanpa alasan apa pun dan masih tidak terlambat untuk menuntu ilmu tersebut.

Ada juga sesetengah individu yang beragama islam yang sudah baligh namun tidak mahu memperlajari ilmu fardhu ain tersebut kerana takut berdosa jika sudah tahu tapi tidak mahu amalkan. Namun orang sebegini mendapat dosa yang lebih banyak kerana yang pertama dia mendapat dosa kerana tidak belajar ilmu yang wajib dan yang kedua dosa bila dia melakukan kesalahan disebabkan kejahilannya tidak mahu belajar.

Sekiranya seorang itu telah meningkat dewasa dan masih tidak memperlajari ilmu yang wajib ini, maka masih sempat untuknya memperlajari agar tidak menghabiskan sisa kehidupannya dalam keadaan yang berdosa.

Ilmu Fardhu Ain Terbahagi Kepada 3 Yang Diwajibkan Atas Semua Umat Islam!

1. Ilmu Akidah/Tauhid/Usuluddin

Maksud Akidah adalah pengangan, keyakinan ataupun iktikad seorang islam yang mengaku beriman dan mukallaf. Ilmu Akidah juga membahaskan tentang sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Nabi dan ia membicarakan tentang pegangan kepercayaan umat islam.

2. Feqah

Ilmu Fekah pula terbahagi kepada 4 iaitu:

  • Ibadah, seperti solat, haji, zakat dan lain-lain
  • Muamalat seperti mengenai ekonomi, hukum jual beli serta riba dan lain-lain
  • Jinayah seperti hukum hudud, qisas, ta’zir dan lain-lain
  • Munakahat iaitu mengenai rumahtangga dan perkahwinan.

3. Tassawuf

Ilmu Tassawuf pula terbahagi kepada 4 iaitu:

  • Kewajipan Hati seperti Redha, Ikhlas dan lain-lain
  • Maksiat Anggota Badan seperti yang dilakukan oleh tangan, kaki, mata, mulut, telinga dan lain-lain
  • Taubat/Rukun Taubat
  • Maksiat Hati seperti riya’, ujub, takkabur dan lain-lain

Maka kesemua di atas ini adalah ilmu yang paling WAJIB untuk dipelajari oleh setiap individu islam yang mukallaf. Sama-sama kita perbaiki kehidupan agar menjadi insan yang lebih berilmu untuk mengumpul saham akhirat sebelum pulang ke tempat yang kekal abadi.

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ilmu AkidahIlmu Fardhu AinIlmu FeqahIlmu Tassawuf
Share10Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara