Tuesday, July 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Serang Kedutaan US Kerana Geram Sokong Israel, Caprice “Payung” Duit Bayar Saman Pemuda Usia 23 Tahun

by Puteri Alia
November 8, 2023
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berbesar hati untuk membayar saman berjumlah RM1,000 yang dikenakan terhadap seorang pemuda atas kesalahan menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ (pengganas) oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Caprice dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 35 tahun itu meminta pengikutnya untuk memberitahu pemuda tersebut bahawa dia akan membayar saman berjumlah RM1,000 bagi pihaknya.

“Siapa-siapa kenal adik ini, beritahu dia RM1,000 itu (saman), saya ‘payung’ (bayarkan). Insya-Allah jualan hari ini memang padu,” ujar Caprice.

Niat murni pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu sekali gus menarik perhatian netizen apabila rata-rata menyokong tindakannya untuk membantu pemuda tersebut dan mendoakan agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki.

“Semoga kau dan ahli keluarga kau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Amin,” ujar seorang netizen.

“Terbaik Cap. Semoga dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna Instagram seakan-akan tidak bersetuju dengan bantuan yang dihulurkan Caprice apabila menganggap perbuatan yang dilakukan oleh pemuda tersebut adalah salah kerana melakukan vandalisme.

“Vandalisme (melakukan kerosakan pada harta awam) tetap salah. Tidak boleh dinormalisasikan,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, majistret Wong Chai Sia hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, selepas tertuduh yang bekerja sebagai jurutera projek itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Ridzwan didakwa melakukan khianat iaitu merosakkan harta kepunyaan Kedutaan Besar Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 iaitu menconteng tulisan ‘terrorist’ menggunakan penyembur cat warna merah.

Kesalahan itu dilakukan di tembok luar bahagian Utara Kedutaan Amerika Syarikat menghadap Jalan Tun Razak di sini antara pukul 5.30 pagi hingga pukul 5.45 pagi pada 28 Oktober lalu.

https://lomp.at/c54lh
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ben Ladin Bersyukur Isteri Selamat Timang Bayi Sulung-“Assalamualaikum Pewarisku Tercinta…”

by Naddy Joe
June 23, 2025

Penyanyi, Ben Ladin berkongsi khabar gembira mengenai isterinya, Annasyida yang selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan,...

Read more
Lokal

Nilam Ortiz Dituduh Gayakan Tudung Seperti Firaun & Kafir, Ini Responnya!

Isteri kepada pelakon, Azlan Komenng iaitu Nilam Ortiz tampil memberi penjelasan selepas gaya tudungnya itu mencetuskan kritikan netizen di media...

Read more
by Naddy Joe
June 12, 2025
Filem

Filem ‘Laknat’ Kupas Realiti Manusia Sanggup Sekutukan Tuhan Demi Duniawi

Sebuah naskhah seram psikologi yang berpaksikan kisah benar, LAKNAT bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 5 Jun 2025. Mengupas realiti...

Read more
by Naddy Joe
June 3, 2025
Uncategorized

Imran Aqil Penat Cari Rezeki, Dahlia Rizal Dedah Suami Terlalu Letih Fikir Duit

Di sebalik senyuman manis yang sering terpancar di wajah pelakon Imran Aqil, rupanya tersimpan lelah yang tidak pernah diungkap secara...

Read more
by Puteri Alia
May 29, 2025
Foto - Times of India
Uncategorized

“Rakus Ye…”- 3 Aktor Bollywood Yang Terkenal Dengan Adegan Ciuman Terganas

Kalau kamu nak tahu, Sean Connery a.k.a James Bond, pernah mendedahkan bahawa menjadi seorang aktor adalah satu pekerjaan yang sangat...

Read more
by Soph Azz
May 26, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Tomok Takut Untuk Bergambar Dengan Gajah, Netizen Terhibur!-“Sudahnya Dua-Dua Penakut…”

Perkongsian penyanyi dan pelakon, Black Hanifah mencetuskan rasa terhibur netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat penyanyi kacak, Tomok...

Read more
by Naddy Joe
May 22, 2025
Personaliti

[VIDEO] “Tak Salah Kita Menimba Pengalaman Kan” – Aliff Syukri Ajar Pekerja Luar Jadi Host

Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif, pendekatan inovatif dalam pemasaran menjadi kunci kejayaan. Baru-baru ini, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 21, 2025
Islamik

[VIDEO] PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol Semakin Selesa Tayang Dosa!

Tindakan pelakon terkenal dari Indonesia, Jefri Nichol yang dilihat mencium Ameera Khan, adik kepada selebriti popular Neelofa, telah mencetuskan kontroversi...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 7, 2025
Gossip

Eyka Farhana Kongsi Video Pre-Wedding Bersama Akhyar Rashid, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen?

Pelakon, Eyka Farhana mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video pra-perkahwinan yang memaparkan dia dan tunangnya yang merupakan pemain...

Read more
by Naddy Joe
May 2, 2025
Gossip

[VIDEO] Iqbal Zulkefli Belanja Kasut Anak-Anak Aliff Syukri, Curi Perhatian Netizen!

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh usahawan...

Read more
by Naddy Joe
April 29, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem