Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

TokTi Akui Gelaran Penyanyi No 1 Tidak Penting Buatnya, Lebih Pentingkan Hasil Kerja Dan Kepuasan Peminat

by Puteri Alia
November 8, 2023
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai ulasan mengenai ketaksuban peminat penanyi tanah air hiburan dengan gelaran ‘penyanyi nombor satu negara’.

Malah sebelum ini pelantun lagu Bunga Bunga Cinta, Misha Omar juga ada menegur kelompok peminat supaya jangan berbalah atau mempersoalkan mengenai kedudukan artis kegemaran mereka.

Akuinya yang terbabit dalam arena seni suara sejak tahun 2002 itu, pertikaian sedemikian hakikatnya boleh mencetuskan perasaan kurang senang artis itu sendiri.

Berbahas soal ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui tidak pernah meletakkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara, malah menganggap gelaran tersebut bukanlah suatu perkara yang penting.

Menerusi satu temu bual bersama media Singapura baru-baru ini, penyanyi berusia 44 tahun itu berkata dia lebih memikirkan tentang kualiti kerja dan persembahan yang ditampilkan demi kepuasan peminat menerusi karya-karya yang dihasilkan.

“Dalam diri saya tidak pernah pun saya nak tempatkan saya di tangga pertama dan tidak penting pun. Sebab bagi saya kerja keras, berkualiti dan peminat saya berpuas hati, saya buat orang bahagia itu lebih menggembirakan saya,” ujar Siti.

Ujar Siti atau mesra disapa TokTi lagi, dia turut akui tidak pernah belajar tentang muzik dan vokal serta tidak pandai bermain alat muzik.

Malah, penyanyi itu turut memetik tiga nama penyanyi yang dikaguminya hari ini iaitu Aina Abdul, Ernie Zakri dan Nadeera Zaini yang disifatkan memiliki bakat yang hebat.

“Saya akui tidak pernah belajar tentang muzik, tidak pernah belajar tentang vokal dan tidak pandai bermain alat muzik. Saya ada ‘rythm’ dalam diri saya.

“Aina Abdul, Ernie Zakri dan Nadeera, saya sangat kagum dengan kebolehan mereka sebab mereka memang belajar. Jadi siapa-siapa pun boleh berada di tahap yang mereka mahukan,” ujarnya.

Menerusi sedutan video yang dikongsikan turut menyebut bahawa, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) 1995 itu mula meraih gelaran penyanyi nombor satu negara selepas enam tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Topik Berkaitan Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- "Dato K Pun..."

Pada Julai 2001, kejayaan demi kejayaan yang diraih Siti telah meletakkan namanya sebagai artis pertama di Malaysia yang tersenarai dalam Malaysia Books of Records sebagai artis terbanyak menerima anugerah dalam sejarah industri muzik tanah air.

Isu tentang gelaran penyanyi nombor satu negara mula menjadi bualan baru-baru ini selepas heboh dakwaan peminat bahawa Aina Abdul sudah layak menggantikan posisi Siti memandangkan ibu kepada dua orang cahaya mata itu dikatakan sudah tidak relevan untuk masa ini.

Kenyataan itu menyebabkan ramai tidak berpuas hati sehingga membandingkan pencapaian Siti dan Aina.

Ramai mengatakan kedudukan Aina masih jauh jika dibandingkan dengan Siti, sekali gus belum layak untuk bergelar penyanyi nombor satu.

Malah, Aina sendiri mengakui malu dengan permintaan peminat yang mahukan dirinya mengambil alih takhta penyanyi nombor satu negara kerana sedar perjalanannya masih jauh.

“Bila saya baca kenyataan tersebut, saya sendiri jadi malu. Jadi saya faham kenapa orang marah. Sebagai tuan badan, saya pun tidak bersetuju dibandingkan dengan figura hebat sepertinya.

“Perbandingan ini tidak sepatutnya berlaku, mereka perlu sedar penghibur yang mereka bandingkan itu adalah idola saya. Saya harap kejadian sebegini segera berakhir,” katanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri siti nurhalizatokti
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara