Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Komitmen Hijau Coway Untuk Masa Depan Mampan melalui Kerjasama CSR

Kesedaran Terhadap Alam Sekitar: Coway Malaysia berjaya menanam 20 pokok melalui FRIM dan mengumpul lebih dari 250 KG sampah sungai bersama EcoKnights

by Aphit J.
November 12, 2023
Share on Facebook

Coway, syarikat Best Life Solution telah meneruskan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seiring dengan menyedari kepentingan penjagaan alam sekitar.

Langkah Proaktif Untuk Peningkatan Taraf Hidup

via COWAY

Program seperti ini sebagai langkah proaktif untuk memacu kemampanan serta komited untuk membina masa depan yang lebih hijau dan mampan untuk peningkatan taraf hidup serta kebaikan masyarakat.

Melanjutkan langkah dalam usaha CSRnya, Coway bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), salah satu institusi terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika, pemuliharaan dan pengurusan hutan lestari.

Seiringan inisiatif Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen 100 Juta Penanaman Pokok, Coway dan FRIM telah bersama-sama menanam 20 pokok seperti nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), merawan siput jantan (Hopea odorata), sentul paya (Sandoricum beccarianum), jambu bol (Syzygium malaccense) dan resak irian (Vatica rassak) di FRIM baru-baru ini.

Bekerjasama Bersama FRIM

via COWAY

Sehingga kini, FRIM telah menyumbang kepada penanaman yang berjumlah lebih daripada 50,000 pokok di Malaysia dan Coway kekal utuh dalam sokongannya terhadap inisiatif kemampanan negara melalui kerjasama tersebut.

Bagi meneruskan komitmen mereka, Coway turut bekerjasama bersama EcoKnights, sebuah organisasi alam sekitar bukan kerajaan yang menumpukan tumpuan ke arah kemajuan amalan mampan untuk persekitaran yang lebih sihat melalui kerjasama melibatkan pihak berkepentingan.

Sejak 2021, Coway dan EcoKnights telah bekerjasama untuk memastikan masyarakat sentiasa berada dalam persekitaran bersih dan telah mengumpul lebih 2,000 kg sisa daripada sungai di Lembah Klang.

Baru-baru ini, insiatif ini telah diteruskan dan berjaya melakukan pembersihan di Sungai Kayu Ara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan membersihkan 252.5kg sampah sungai.

Tiket Coway Run 2025 Merdeka Terima Sambutan Hangat!

Kerjasama antara Coway dan EcoKnights ini akan diperluaskan kepada tiga pembersihan sungai tambahan dalam beberapa bulan akan datang di beberapa lokasi di Lembah Klang.

Turut Menyediakan Bengkel Eko

via COWAY

Selain itu, bagi usaha mendidik para sukarelawan tentang pengurusan sisa yang betul, para sukarelawan dapat menyertai bengkel Eko membuat sabun dan mempelajari cara kitar semula minyak masak terpakai menjadi sabun.

Coway Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyokong aktiviti alam sekitar seperti aktiviti pembersihan sungai, mengutip sampah sambil berjoging (Plogging), menggalakkan usaha kitar semula, pemuliharaan terumbu karang dan banyak lagi.

Melalui penjagaan alam sekitar, Coway berhasrat untuk memupuk warisan komuniti yang lebih bersih dan hijau untuk generasi akan datang. Untuk ketahui Coway Malaysia lebih lanjut, sila layari www.coway.com.my.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Coway
https://lomp.at/7mcz4
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem