• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Banduan Palestin Dakwa Didera, Dicabul Dan Diserang Anjing Sebelum Dibebaskan Dari Penjara Israel

by Puteri Alia
December 1, 2023
Share on Facebook

Banduan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel mendakwa penderaan, pencabulan dan hukuman kolektif dilakukan oleh pengawal dalam beberapa minggu selepas serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Mereka mendakwa dipukul dengan kayu, dicabul, diserang menggunakan anjing manakala makanan, tilam, bantal serta selimut mereka dirampas.

Memetik laporan BBC, yang bercakap dengan enam banduan Palestin selepas dibebaskan baru-baru ini, kesemua mereka mendakwa dipukul, dicabul dan didera sebelum dibebaskan dari penjara.

Persatuan Banduan Palestin berkata, beberapa pengawal didakwa kencing ke atas badan banduan yang digari manakala enam banduan didakwa maut dalam tahanan Israel sejak tujuh minggu lalu, namun tidak dilaporkan regim Zionis itu .

Mohammed Nazzal, 18, salah seorang banduan yang dibebaskan Israel minggu ini, ditahan di Penjara Nafha tanpa tuduhan sejak Ogos lalu dan sehingga kini tidak tahu kenapa dia ditangkap.

Katanya, 10 hari lalu, pengawal penjara Israel masuk ke dalam selnya dengan mikrofon dan pembesar suara serta cuba menggertak tahanan dengan bertepuk tangan dan menjerit nama mereka.

“Apabila mereka melihat kami tidak bertindak balas, mereka mula memukul kami. Mereka menyuruh kami berdiri, dengan banduan lebih berusia di belakang dan yang muda di hadapan.

“Mereka kemudian menarik saya dan mula memukul saya. Saya cuba melindungi kepala saya dan mereka cuba mematahkan kaki serta tangan saya pula,” katanya.

Mohammed juga mendakwa, tingkah laku pengawal penjara Israel berubah selepas serangan Hamas pada 7 Oktober.

Dia berkata, pengawal akan menendang mereka dan menggunakan kayu untuk memukul mereka lebih kerap, malah ada seorang pengawal memijak mukanya.

“Mereka masuk dengan anjing mereka dan membiarkannya menyerang kami, sebelum mereka memukul kami lagi. Jari kedua-dua belah tangan saya patah,” katanya sambil menunjukkan kecederaan di belakang dan bahunya.

Perkhidmatan Penjara Israel bagaimanapun mempertikaikan cerita Mohammed, malah mendakwa remaja itu sudah diperiksa oleh seorang doktor sebelum meninggalkan penjara, dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin

Banduan Palestin lain juga menggambarkan perkara yang sama di dalam penjara Israel selepas serangan Hamas dan menganggapnya sebagai ‘balas dendam’ terhadap tahanan Palestin atas tindakan Hamas.

Ketua Persatuan Banduan Palestin, Abdullah al-Zaghary, berkata ramai banduan menyaksikan rakan dalam sel dipukul dengan ganas pada muka dan badan mereka.

Sementara itu, aktivis pro-Palestin, Ahed Tamimi, yang dibebaskan dari penjara Israel baru-baru ini, berkata tahanan wanita dilayan dengan buruk.

“Tiada air atau makanan, ada 30 lagi banduan wanita yang ditahan, kami tidur atas lantai, ada yang tanpa pakaian dan kami didera setiap hari,” katanya.

israel
https://lomp.at/zj2pf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Lokal

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

by Naddy Joe
January 2, 2026

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  5. 5

    Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore