• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Sabotaj Tempat Tebusan Yang Didakwa Selamat, Israel Mahu Banjiri Terowong Hamas Dengan Air Laut

by Puteri Alia
December 5, 2023
Share on Facebook

Sejarah Bani Israel dimulakan dengan kisah anak-anak Nabi Ya’qub yang cuba membunuh adik bongsu mereka, Nabi Yusuf. Sejarah tersebut sebagai peringatan betapa Yahudi Bani Israel amat mahir dalam pembikinan plot fitnah dan sabotaj.

Bahkan ia juga merupakan kisah yang mengajar kita akan kaedah bagaimana menangani fitnah.

Punca utama budaya fitnah adalah kerana dengki yang meluap. Iri hati dengan nikmat yang ada pada orang lain. Yang lebih dahsyat, dengki dengan orang yang mempunyai hubungan dekat.

Dalam kisah Nabi Yusuf, abang-abang Nabi Yusuf dengki terhadap Nabi Yusuf kerana baginda lebih disayangi oleh bapa mereka, Nabi Ya’qub.

“Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) lebih disayangi oleh bapa kita lebih dari kita. Sedangkan kita lebih kuat.” (Yusuf: 8)

Mereka sekeluarga. Sesama Islam. Tetapi berpenyakit iri hati yang kronik.

Berbahas soal ini, baru-baru ini Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa didakwa bakal memasang sistem pam besar yang mungkin digunakan untuk membanjiri terowong Hamas di Semenanjung Gaza dengan air laut.

Sekitar pertengahan November, tentera Israel menyiapkan sekurang-kurangnya lima pam, kita-kira 0.4 kilometer (km) di utara kem pelarian Al-Shati.

Difahamkan, ia boleh menyalurkan ribuan meter padu air sejam dan membanjiri keseluruhan rangkaian terowong dalam beberapa minggu, menurut kata laporan itu.

Tidak jelas sama ada Israel akan mempertimbangkan untuk menggunakan pam itu sebelum semua tebusan dibebaskan, menurut laporan berkenaan. Hamas sebelum ini berkata ia menyembunyikan tebusan di ‘tempat selamat dan terowong’.

Menurut sumber, Reuters tidak dapat mengesahkan butiran laporan itu.

Ketika ditanya mengenai dakwaan itu, seorang pegawai AS berkata, munasabah bagi Israel untuk mensabotaj terowong itu dan tentera sedang meneroka pelbagai cara untuk melakukannya.

[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin

Kementerian pertahanan Israel tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Bagaimanapun, menurut The Wall Street Journal, seorang pegawai Pasukan Pertahanan Israel (IDF) enggan mengulas mengenai rancangan banjir itu.

Katanya, IDF sedang beroperasi untuk merungkai keupayaan keganasan Hamas dalam pelbagai cara, menggunakan alat ketenteraan dan teknologi yang berbeza.

Israel mula memaklumkan pilihan itu kepada AS pada bulan lalu, kata WSJ, namun melaporkan pegawai tidak mengetahui bila kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mahu melaksanakan rancangan itu.

Israel belum membuat keputusan muktamad untuk meneruskan atau menolak cadangan itu, menurut pegawai berkenaan.

bani israelisrael
https://lomp.at/7unbb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  2. 2

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  5. 5

    Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore