Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin

by Nurul A.
October 23, 2025
Foto - @sameralhassanat (TikTok) / @surijannah_25 (TikTok)

Foto - @sameralhassanat (TikTok) / @surijannah_25 (TikTok)

Share on Facebook

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang lelaki warga Palestin yang fasih berbahasa Melayu menunjukkan salah satu produk Gold Coin keluaran syarikat F&N dengan label bertulisan Hebrew.

Dalam video yang sama, lelaki itu turut mempersoalkan bagaimana produk Gold Coin yang memiliki logo halal JAKIM (Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia) itu dieksport ke Israel.

@sameralhassanat

F &N answer ??? #muntsir #muntsirbalikgaza #muntsirbackgaza #malaysiatiktok #sumudnusantaramalaysia2025

♬ original sound – 🇵🇸Muntsir anak Gaza 🇲🇾 – 🇵🇸Muntsir anak Gaza 🇲🇾

Kongsian lelaki itu telah menuai pelbagai reaksi di kalangan pengguna media sosial. Melihatkan video tersebut menjadi tular, syarikat F&N (Fraser & Neave Holdings Bhd) tampil memberikan penjelasan mengenai isu label pada produk Gold Coin tersebut.

@surijannah_25

Harap ada yg perjelaskan.. Tapi F&N memang dah lama aku boikot.. #AllEyesOnPalestine #FreePalestine #PalestineWillBeFree #StopGenocideInGaza #PalestineMerdeka

♬ original sound – Suri 👣 – Suri 👣

Menerusi kenyataan yang dikongsi di akaun rasmi Facebook F&N, syarikat itu mendedahkan produk Gold Coin tersebut dibuat khas untuk pasaran Palestin bagi memenuhi permintaan pelanggan di Palestin dan juga pengedarnya iaitu Food Collection Co. yang berpangkalan di Bandar Ramallah, Palestin.

Foto – F&N Dairies Malaysia (FB) / @sameralhassanat (TikTok)

“Kami ingin menjelaskan bahawa produk tersebut telah dieksport secara eksklusif untuk manfaat pasaran Palestin. Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami, Food Collection Co., yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan syarat tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami.”

Foto – @sameralhassanat (TikTok) / @surijannah_25 (TikTok)

Pada masa yang sama, F&N yang peka dengan sensitiviti dan sentimen rakyat Malaysia, turut menafikan bahawa mereka mempunyai urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel.

“Kami ingin menegaskan bahawa Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) tidak mempunyai sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel. F&NHB kekal komited untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan dan sentimen pengguna kami, serta berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan.”

Syarikat F&N turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memaklumkan perkara tersebut dan menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
f&nf&n gold coingold coingold coin israelhebrewisrael
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara