Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

“Isteri Bersama Suami Yang Mana Di Syurga?”- Pejabat Mufti Ulas Pertanyaan Netizen Selepas BCL Kahwin Lain

by Soph Azz
December 6, 2023
Foto - Harian Metro / Hipwee

Foto - Harian Metro / Hipwee

198
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak dinafikan selepas Bunga Citra Lestari (BCL) melangsungkan perkahwinan baru-baru, warganet tak melepaskan peluang menyuarakan persoalan mereka.

Dan persoalan yang paling menarik perhatian Miss Murai sekali adalah mengenai ‘isteri yang berkahwin semula selepas kematian suami; suami yang mana satukah yang bakal bersamanya di syurga kelak’.

“Siapakah yang akan menjadi suami kepada isteri yang memiliki lebih daripada seorang suami?”

Disebabkan oleh persoalan ini menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet, Pejabat Mufti Wilayah mengongsikan jawapannya tentang hal tersebut.

Hadis Yang Mengandungi Persoalan Yang Sama

Dipetik daripada web Pejabat Mufti Wilayah, terdapat satu hadis yang diriwatkan oleh Ummu Salamah R.anha.

Foto – Liputan 6

الْمَرْأَةُ مِنَّا تَتَزَوَّجُ الزَّوْجَيْنِ وَالثَّلَاثَةَ وَالْأَرْبَعَةَ، ثُمَّ تَمُوتُ فَتَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَيَدْخُلُونَ مَعَهَا، مَنْ يَكُونُ زَوْجَهَا مِنْهُمْ؟ فَقَالَ: يَا أُمَّ سَلَمَةَ، إِنَّهَا تُخَيَّرُ، فَتَخْتَارُ أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا

Maksud: “Ada wanita daripada kalangan kami berkahwin dua, tiga dan empat kali. Kemudian dia (wanita) meninggal dunia serta dimasukkan ke dalam Syurga dan yang masuk bersamanya adalah para suaminya. Siapakah (daripada kalangan suaminya) yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)?. Maka Nabi SAW bersabda: “Wahai Ummu Salamah, dia (isteri) itu diberi pilihan maka dia akan memilih yang lebih baik akhlaknya.”- Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3141) dan al-Mu’jam al-Akbar (870).

Imam al-Thabarani menyatakan tidak meriwayatkan hadis ini daripada Hisyam bin Hassan melainkan Sulaiman bin Abi Karimah. Maka ‘Amr bin Hasyim telah bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadis ini. [Lihat: al-Mu’jam al-Awsath. 279/3] Tambahan pula, Imam al-Haithami menyatakan salah seorang perawi di dalam sanad hadis ini iaitu Sulaiman bin Abi Karimah dinilai dhaif oleh Abi Hatim dan Ibn ‘Adiy. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 119/7] Selain itu, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadis ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanahiyah, 161/2].

Foto – Tuturpedia

Antara riwayat lain yang menceritakan tentang persoalan ini adalah kisah ketika Mu’awiyah bin Abi Sufian yang ingin meminang Ummu al-Darda’ selepas kewafatan Abu al-Darda’.

BCL: Eternal Love – Timeless Romance: Sebuah Persembahan Cinta yang Dinanti di Kuala Lumpur

أَيُّمَا امْرَأَةٍ تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجُهَا، فَتَزَوَّجَتْ بَعْدَهُ فَهِيَ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا

Maksud: “Mana-mana wanita yang kematian suami dan dia bernikah lagi selepas daripada itu, maka suaminya di Syurga adalah yang paling akhir dinikahinya.” Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3130).

Imam al-Haithami mengatakan di dalam sanad hadis ini terdapat Abu Bakar bin Abi Mariam dan dia merupakan seorang perawi yang bercampur hafalannya (tidak kuat hafalannya). [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 270/4] Imam al-Suyuthi menilai hadis ini sebagai dhaif. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 358/2].

Foto – Bisnis Style

Manakala terdapat sebuah lagi riwayat dalam masalah ini; iaitu kisah Ummu Habibah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Ummu Habibah berkata:

يَا رَسولَ اللهِ الْمَرْأَةُ يَكُونُ لَهَا الزَّوْجَانِ فِي الدُّنْيَا، يَعْنِي يَكُونُ زَوْجًا بَعْدَ زَوْجٍ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فَلِأَيِّهِمَا تَكُونُ؟ قَالَ: لأَحْسَنِهِمَا خُلُقًا

Maksud: “Wahai Rasulullah! Sekiranya seorang wanita itu mempunyai dua orang suami di dunia; iaitu suami yang dinikahinya selepas pernikahan yang pertama dan kesemua mereka itu memasuki Syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya (di Syurga nanti)? Nabi SAW menjawab: Suami yang akan bersamanya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Riwayat al-Bazzar (6631)].

Jawapan Mufti Pejabat Wilayah 

Mufti Pejabat Wilayah menyimpulkan para ulama menyatakan masalah ini terbahagi kepada beberapa pendapat dan perbezaan pandangan seperti isteri:

Foto – Liputan 6
  • Bersama dengan suami yang paling baik akhlaknya ketika di dunia
  • Diberi pilihan untuk memilih
  • Bersama suaminya yang terakhir

Imam al-Suyuthi pula cuba menghimpunkan kesemua riwayat; dengan menyatakan bahawa seorang wanita (isteri) akan bersama suaminya yang terakhir sekiranya kesemua suaminya itu sama pada sudut akhlak. Sekiranya tidak begitu, maka wanita tersebut akan memilih yang paling baik akhlaknya. [Lihat Jami’ al-Saghir, 262/1].

BCL: Eternal Love – Timeless Romance: Sebuah Persembahan Cinta yang Dinanti di Kuala Lumpur

Wallahua’lam. Semoga bermanfaat!

BCLbunga citra lestariisteri kahwin lainsuami di syurga
https://lomp.at/koe75
Share79Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem